Utusan Borneo (Sabah)

Amanah terima ahli beramai-ramai

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seramai 1,050 orang menyertai Parti Amanah Negara (Amanah) di sini merekodkan kemasukan ahli baharu terbesar semenjak parti itu bertapak di negeri ini.

Presiden Amanah Mohamad Sabu optimis kemasukan beramai-ramai warga Parlimen Tawau dan Kalabakan itu menandakan satu gelombang baharu yang akan berlaku di Sabah.

“Amanah mempunyai potensi lebih baik di negeri ini kerana orang Sabah tidak cenderung dengan perkauman atau fahaman berasaskan aliran agama tertentu dan lebih terbuka.

“Kita percaya orang Sabah memang menerima kehadiran Amanah cuma publisitin­ya perlu digembar-gemburkan,” katanya sambil menekankan parti itu mengamalka­n dasar terbuka.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Borang Keahlian Parlimen Tawau dan Kalabakan, di sini, petang Ahad.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata Amanah adalah parti pelbagai kaum dan agama, namun menjadikan agama Islam sebagai teras parti kerana percaya Islam rahmat untuk semua.

“Dari mula lagi, jawatankua­sa tertinggi kita ada orang bukan Islam, cuma publisitin­ya kurang, hanya selepas pilihan raya barulah orang melihatnya parti pelbagai kaum.

“Kita juga terbuka jika ada orang-orang berpengaru­h yang memilih untuk menyertai Amanah, termasukla­h bekas ahli parti komponen Barisan Nasional (BN),” katanya.

Menurutnya, keahlian Amanah di Sabah kini kira-kira 5,000 orang dan berkembang baik selepas pilhan raya, malah baru sahaja menerima kemasukan ahli baharu di Sandakan.

Sempena majlis di Tawau, bekas Naib Presiden Gerakan Tan Sri Liew Yun Fah turut diumumkan secara rasminya menyertai Amanah selepas berehat daripada dunia politik.

“Saya terpengaru­h dengan keprihatin­an Menteri Pertahanan yang bertungkus­lumus ke Sabah malah sanggup bermalam di atas laut (Pangkalan Sharifah Rodziah Semporna).

“Perkara itu dilakukann­ya untuk merasai sendiri situasi sebenar di Sabah, jadi saya rasa pemimpin sebeginila­h yang patut kita bersama-sama (dukung),” katanya.

Ditanya statusnya dalam Gerakan pula, Liew yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah berkata beliau sudah meninggalk­an parti itu semenjak sebelum pilihan raya lagi.

 ??  ?? MOHAMAD menerima borang-borang keahlian daripada wakil ahli-ahli baharu PAN Parlimen Tawau dan Kalabakan.
MOHAMAD menerima borang-borang keahlian daripada wakil ahli-ahli baharu PAN Parlimen Tawau dan Kalabakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia