Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan jenayah rentas sempadan tumpas hasil kerjasama Esscom dan semua pasukan keselamata­n

-

LAHAD DATU: Kejayaan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mematahkan cubaan jenayah rentas hasil kerjasama semua pasukan keselamata­n Esscom.

Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Noor Alam Khan A Wahid Khan berkata antara kejayaan sepanjang tahun ini termasuk menembak mati tujuh penjenayah di Tawau dan Felda Sahabat yang dijayakan bersama pasukan keselamata­n terdiri Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia.

“Kejayaan ini adalah hasil sokongan dan kerjasama berpasukan semua agensi penguatkua­sa dan pasukan keselamata­n yang sentiasa bekerjasam­a memberi bantuan aset serta keanggotaa­n apabila diperlukan.

“Terutamany­a, dalam menumpaska­n beberapa gerakan dan aktiviti penjenayah rentas sempadan yang bergiat aktif melakukan jenayah penculikan­dipantaiti­murSabah sepanjang tahun ini,” katanya ketika berucap merasmikan perhimpuna­n bulanan Esscom di Markas Pasukan Polis Marin, pada Isnin.

Mengenai pelaksanaa­n aktiviti Gerak Saraf dan Perang Saraf (GSPS) Esscom, Noor Alam berkata aktiviti berkenaan akan sentiasa diberi perhatian memandangk­an GSPS merupakan nadi penghubung antara Esscom dan masyarakat.

Menurut beliau, aktiviti berkenaan perlu sentiasa ditambah baik dan diperkasak­an kerana melaluinya masyarakat boleh menyampaik­an pandangan serta komen membina terutamany­a mengenai Esscom.

Katanya, melalui majlismajl­is dialog yang sentiasa diadakan dalam program berkenaan, akan memberi ruang bagi sesi mendengar pandangan memperjela­s persepsi masyarakat mengenai peranan dan fungsi Esscom.

“Walaupun pada tahun ini Esscom mengalami kekangan yang besar dalam melaksanak­an program GSPS kerana masalah kewangan namun, penganjura­nnya perlu diteruskan bagi membolehka­n masyarakat setempat mempunyai peluang untuk berinterak­si dengan pasukan keselamata­n terutamany­a dalam konteks isu-isu keselamata­n.

“Selain itu, melalui program GSPS, masyarakat juga boleh menyalurka­n pelbagai maklumat keselamata­n dan isuisu setempat yang memerlukan perhatian serta tindakan segera pasukan keselamata­n dalam usaha mengurangk­an aktiviti jenayah rentas sempadan, terutamany­a yang melibatkan jenayah penyeludup­an barangbara­ng terkawal selain aktiviti penyeludup­an migran dan pendatang tanpa izin,” katanya.

Pada perkembang­an lain, Noor Alam berkata majlis itu penting sebagai platform yang boleh menghimpun­kan seluruh warga Esscom termasuk mendengara­manatdanpe­sanan daripada pihak pengurusan tertinggi berhubung dengan hasrat serta harapan pihak kerajaan hari ini ke arah memperting­katkan kualiti penyampaia­n perkhidmat­an kepada masyarakat.

“Melalui perhimpuna­n ini, seluruh warga Esscom tidak kira pangkat dan kedudukan mereka mempunyai peluang untuk saling berkomunik­asi walaupun bekerja di bahagian yang berbeza,” katanya.

NoorAlam turut menjadi saksi bagi Majlis Serah Terima tugas Timbalan Komander Esscom daripada Brig Jen Datuk Badrul Hisham Mohamad kepada Brig Jen Datuk Md Rahim Mohamad.

Seramai 88 pegawai dan anggota Esscom serta anggota agensi luar menerima sijil penghargaa­n atas kecemerlan­gan dan sumbangan mereka.

 ??  ?? NOOR ALAM bersama pegawai, anggota Esscom dan agensi keselamata­n yang hadir.
NOOR ALAM bersama pegawai, anggota Esscom dan agensi keselamata­n yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia