Utusan Borneo (Sabah)

Wanita tempatan didenda RM9,000

Miliki lima keluaran tidak berdaftar

- Oleh CLARICE USOP

KOTAKINABA­LU:Seorang wanita tempatan dikenakan denda sebanyak RM9,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, atas kesalahan memiliki lima jenis keluaran tidak berdaftar.

Hakim Azreena Aziz mengenakan hukuman itu terhadap Fardynna Francis, 30, selepas kertas pertuduhan dibacakan dan mengaku salah.

Jika gagal membayar denda berkenaan, penjara selama enam bulan dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh memiliki keluaran tidak berdaftar terdiri empat kotak Wis-D Essence, 10 kotak Beutskin Essence, 10 kotak Artercardy Essence,enamkotakP­rolivhite dan tiga kotak Ani Reishi Powder.

Kesalahan didapati dilakukan pada 7 Jun di Dynalex Enterprise, Lintas Plaza di sini.

Fardynna disabitkan mengikut Peraturan 7 (1)(a) Peraturan-Peraturan KawalanDad­ahDanKosme­tik 1984, yang boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 atau penjara selama tiga tahun, atau kedua-duanya.

Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga asing dikenakan denda RM800 atau penjara dua bulan, kerana menyalahgu­nakan pas lawatan sosial.

Aloysius Tukan, 35, dikenakan hukuman itu selepas mengaku salah bekerja sebagai pembantu lori gas, yang mana pekerjaan sebenar yang dinyatakan sebagai pekebun.

Tertuduh disabitkan mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, memperuntu­kkan penjara selama enam bulan atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya.

Semasa rayuan, Aloysius yang tidak diwakili peguam memohon hanya diberikan denda dan menyatakan mempunyai empat anak berada dalam jagaannya.

Bagaimanap­un, ASP Sabrina Jinius meminta hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh.

Azreena juga mengarahka­n tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia