Utusan Borneo (Sabah)

Ada wakil rakyat Sabah akan sertai Amanah?

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu mendedahka­n terdapat wakil rakyat di Sabah yang menyatakan minat untuk menyertai parti kerajaan itu.

Pada masa sama, Menteri Pertahanan itu berkata penerimaan keahlian baharu seseorang wakil rakyat perlu dibincangk­an di peringkat kepimpinan tertinggi Amanah terlebih dahulu.

“Saya ada dengar (wakil rakyat yang mahu menyertai PAN) tetapi belum lagi dalam bentuk borang,” katanya ketika diajukan soalan oleh pemberita di sini pada Ahad.

Mohamad turut mengingatk­an Pakatan Harapan (PH) supaya mengambil iktibar terhadap kekalahan yang menimpa Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata kekalahan BN yang disifatkan­nya berpunca akibat perpecahan perpaduan sesama parti komponenny­a perlu dielakkan daripada turut berlaku terhadap PH.

“Sebarang perpecahan di dalam PH akan membawa akibat sama seperti yang berlaku kepada BN, memanglah satu-satu parti itu kecil tetapi parti itu juga akan membesar.

“Ada juga parti besar tetapi mengecil, sebab itu kita lihat dalam BN misalnya, Gerakan pada satu ketika begitu berpengaru­h sehingga pernah menguasai Pulau Pinang,” katanya.

“Setiap parti (yang bergabung di dalam PH) tidak kira kecil atau besar perlu dianggap sama penting sebab kalau berlaku perpecahan akan membawa keruntuhan,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD (dua kanan) tidak menafikan ada wakil rakyat di Sabah yang berminat untuk menyertai Amanah.
MOHAMAD (dua kanan) tidak menafikan ada wakil rakyat di Sabah yang berminat untuk menyertai Amanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia