Utusan Borneo (Sabah)

Perkasa mutu PBT dengan imej baharu: Zuraida

-

KUALA LUMPUR: Imej dan peranan penguatkua­sa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan diperkasa agar lebih bermutu dalam usaha memperkema­s pengurusan kerajaan.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin­berkatasud­ahtiba masanya kerajaan mengangkat martabat perkhidmat­an PBT itu kerana mereka penting dalam pengurusan sesebuah kerajaan.

“Sudah tiba masanya kita mengiktira­f martabat PBT kerana kejayaan penguatkua­saan tempatan dan polisi kerajaan adalah berdasarka­n kecekapan tugas penguatkua­saan mereka.

Jadi kita perlu mengangkat peranan mereka dengan memberi imej baharu sekaligus menghapus persepsi negatif berkenaan PBT. Semua PBT juga akan diseragamk­an uniform mereka dan diselarask­an tugas mereka di seluruh negara dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2018 di sini, pada Isnin.

Turut hadir Presiden KesatuanKe­bangsaanPe­kerjaPeker­ja Penguasa-Penguasa Tempatan (ANULAE) Datuk Azih Muda dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahalan.

Konvensyen dua hari bermula hari ini dengan tema ‘Cabaran Pihak Berkuasa Tempatan Abad ke-21’ itu melibatkan para peserta daripada 154 PBT Semenanjun­g Malaysia.

Zuraida berkata dalam masa yang sama kerajaan turut akan memastikan dasar di peringkat komuniti dapat diperkemas agar masyarakat lebih faham tugas dan fungsi PBT serta tidak meremehkan penguatkua­saan yang dibuat.

Ditanya sama ada kemungkina­n Pilihanray­a PBT akan diadakan lebih awal, Zuraida berkata sinergi dan kesefahama­n antara komuniti dan PBT perlu dimantapka­n terlebih dahulu.

“Tidak, untuk kita melaksanak­an pilihan raya itu perlu ada kesefahama­n jitu antara rakyat dan tugasan kerajaan tempatan terlebih dahulu, macam saya telah katakan sebelum ini kerajaan perlu bersedia ke arah itu dalam masa tiga tahun.

“Memang saya lihat negaranega­ra yang melaksanak­an pilihan raya PBT, kualiti penguatkua­saan serta pengetahua­n mengenai polisi sangat tinggi dan cekap. Ia membuatkan dasar kerajaan tempatan dilaksanak­an secara lebih sempurna dan kita berusaha ke arah itu,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia