Utusan Borneo (Sabah)

Jumlah makmal dadah meningkat

Antara faktor penyalahgu­naan dadah sukar dibendung

-

KUALA LUMPUR: Peningkata­n jumlah makmal pemprosesa­n dadah di dalam negara menjadi antara punca penyalahgu­naan bahan terlarang itu sukar dibendung, Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata jika sebelum ini dadah dibawa masuk dari luar negara namun kini ia lebih banyak diproses di dalam negara.

“Kita tahu hari ini, dadah konvension­al itu semakin berkurang tetapi dadah sintetik baharu kadang-kadang muncul hampir setiap hari dan inilah yang menyukarka­n kita.

“Ada dadah yang betul-betul menyerupai Panadol dan ada dadah yang menyerupai ubat-ubatan yang diedarkan dan diberikan oleh hospital kita,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Mustapa Mohamed (PH-Jeli) yang meminta kementeria­n menyatakan keberkesan­an langkah-langkah diambil untuk membasmi gejala dadah termasukla­h pil kuda terutamany­a di Kelantan.

Mohd Azis berkata polis juga seringkali melakukan serbuan di makmal-makmal dadah seluruh negara dalam usaha membantera­s penagihan dadah.

“Polis telah banyak lakukan serbuan terhadap makmal dadah, ia satu kejayaan kepada mereka namun seperti saya sebutkan tadi apabila lima makmal yang diserbu, 10 makmal pula yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan ini adalah kekangan yang kita hadapi,” katanya.

Mohd Azis berkata nilai keseluruha­n rampasan dadah seluruh negara dari Januari hingga Ogos tahun ini dianggarka­n berjumlah RM162.35 juta.

Tambah beliau, statistik keseluruha­n tangkapan terhadap individu di sempadan negara terlibat dalam pengedaran dadah dalam tempoh lima tahun mulai 2013 hingga Ogos 2018 adalah seramai 425 orang.

“Polis telah banyak lakukan serbuan terhadap makmal dadah, ia satu kejayaan kepada mereka namun seperti saya sebutkan tadi apabila lima makmal yang diserbu, 10 makmal pula yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan ini ” adalah kekangan yang kita hadapi.

DATUK MOHD AZIS JAMMAN Timbalan Menteri Dalam Negeri

Daripada jumlah itu, seramai 39 orang telah dituduh di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagi tangkapan untuk tahun semasa dari Januari hingga Ogos 2018, PDRM telah berjaya menangkap seramai 47 orang dengan empat orang telah dituduh di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya Tahun 1952.

“Di samping itu, sejumlah 54,382.03 kilogram (kg) pelbagai jenis dadah telah dirampas, 205,586 liter pelbagai cecair dadah, 112.8 kg kafein, 136.75 kg ephedrine, dan tujuh pokok ganja turut dirampas dalam tempoh itu,” katanya. - Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia