Utusan Borneo (Sabah)

Beri masa syarikat baharu bersaing dengan Astro

-

SYARIKAT-SYARIKAT baharu yang diberikan Lesen Individu Pemberi Perkhidmat­an Aplikasi Kandungan (CASP) memerlukan masa untuk meyakinkan pembekal kandungan televisyen sebelum boleh beroperasi dengan baik dan bersaing sepenuhnya dengan Astro.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith berkata situasi yang sama ini pernah dilalui Astro sewaktu awal penubuhann­ya kira-kira 20 tahun lalu sebelum berjaya mencipta nama dan beroperasi sehingga kini.

“Masalah syarikat baharu adalah untuk mendapatka­n hak kerana pembekal kandungan mahukan syarikat ini menyakinka­n mereka sebelum boleh jual kandungan. Ini adalah kekangan untuk bersaing. Jika syarikat mula perniagaan pada dua hingga tiga bulan lepas, itu sudah kebiasaan.

“Astro mula beroperasi pada 1997. Namun secara penuhnya mula operasi pada 1999. Walaupun telah diberikan hak pada 20 tahun lepas, namun mereka cuma berjaya dapat pulangan selepas 15 hingga 16 tahun beroperasi,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu bagaimana kerajaan menghapusk­an monopoli Astro selama 20 tahun dan bagaimana syarikatsy­arikat baharu yang diberikan lesen boleh bersaing.

Eddin Syazlee berkata jika syarikat-syarikat baharu itu diberikan masa secukupnya dan mampu mendapatka­n kandungan bersesuaia­n, persaingan sihat pasti akan dapat dilihat pengguna seterusnya membantu untuk membuat pilihan.

Mohd Shahar dalam soalan asalnya meminta kementeria­n menyatakan inisiatif yang akan diberikan kepada syarikat-syarikat penyiaran untuk membantu mereka memperoleh lesen CASP dan hak penyiaran bagi menandingi monopoli syarikat penyiaran besar sedia ada agar rakyat mempunyai lebih banyak pilihan.

Eddin Syazlee berkata mana-mana pihak yang berhasrat untuk memberikan perkhidmat­an penyiaran boleh mengemukak­an permohonan lesen CASP kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tujuan penilaian dan syor kepada menteri berdasarka­n kriteriakr­iteria yang ditetapkan.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata, sehingga 30 Sept lepas, sebanyak 35 syarikat diberi lesen CASP oleh SKMM untuk menawarkan perkhidmat­an penyiaran TV melalui pelbagai platform seperti satelit, penyiaran bebas ke udara, protokol Internet dan penyiaran televisyen terrestria­l digital.

Daripada senarai tersebut, empat syarikat telah dibenarkan memberi perkhidmat­an penyiaran televisyen melalui platform satelit. - Bernama

 ??  ?? EDDIN SYAZLEE
EDDIN SYAZLEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia