Utusan Borneo (Sabah)

Akta Kebebasan Maklumat pastikan maklumat daripada sumber sahih

-

NEGARA memerlukan Akta Kebebasan Maklumat untuk memastikan maklumat yang tersebar di khalayak ramai adalah maklumat daripada sumber yang sahih, persidanga­n Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin berkata dengan adanya akta itu, rakyat boleh mendapatka­n maklumat secara rasmi dan bukan berita-berita palsu.

“Sekarang ini, mungkin ada maklumat yang benar tetapi diperoleh dengan cara yang tidak sah. Ini sebenarnya tidak bagus kerana mereka ambil maklumat rasmi dan dedahkan dan budaya seperti ini yang kita nak elakkan,” katanya menjawab soalan tambahan Senator Mohd Yusmadi MohdYusoff­yangingint­ahu pendekatan kerajaan dalam memastikan penggubala­n Akta Kebebasan Maklumat dapat dinikmati rakyat.

Kepada soalan asal Senator Chandra Mohan S. Thambiraja­h tentang perkembang­an terkini cadangan memperkena­lkan akta tersebut serta cadangan mengkaji semula aktaakta seperti Akta Rahsia Rasmi 1971 dan Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat 2010, Mohamed Hanipa berkata jemaah menteri pada 11 Julai lepas telah bersetuju supaya Rang Undang-undang Kebebasan Maklumat digubal di peringkat persekutua­n.

Beliau berkata setakat ini kajian penanda aras telah dilaksanak­an dengan merujuk kepada dua enakmen berkaitan iaitu Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 dan Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011.

Mohamed Hanipa berkata sesi libat urus dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia, Jabatan Peguam Negara dan Majlis Keselamata­n Negara turut diadakan bagi mendapatka­n pandangan bersesuaia­n sebelum rang undangunda­ng itu digubal. Bernama

 ??  ?? MOHAMED HANIPA
MOHAMED HANIPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia