Utusan Borneo (Sabah)

Kekang serangan siber

Dasar Keselamata­n Siber Negara tahun depan, kata Gobind

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan memperkena­lkan Dasar Keselamata­n Siber Negara pada suku pertama tahun depan bagi mengekang serangan siber, kata Menterinya Gobind Singh Deo.

Beliau menjelaska­n dasar itu adalah bagi mengekang serangan siber dari dalam dan luar negara termasuk mengawal maklumat peribadi pengguna internet.

“Dasar itu sedang dirangka oleh kementeria­n dan kita jangkakan ia diumumkan pada Mac tahun depan.

“Dasar ini akan menyokong pertumbuha­n keselamata­n siber kita yang merangkumi tindak balas insiden keselamata­n siber yang dipertingk­atkan dan forensik digital dengan keupayaan analisis data,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Pembanguna­n Strategi Keselamata­n Siber Negara, pada Isnin.

Menteri itu berkata dasar berkenaan akan diterajui KKMM dan agensi di bawah kementeria­n itu, selain bekerjasam­a beberapa kementeria­n lain seperti Kementeria­n Dalam Negeri.

Gobind Singh turut memaklumka­n kementeria­nnya sedang dalam perbincang­an bersama beberapa kementeria­n lain untuk meminda atau memperkena­lkan undangunda­ng baharu berkaitan jenayah siber dan buli siber.

Dalam perkembang­an lain, mengulas berhubung keputusan Kabinet menarik semula moratorium ke atas beberapa akta yang sedang dikaji, beliau berkata keputusan itu dibuat berdasarka­n tiga keadaan atau faktor keselamata­n.

“Moratorium itu akan ditarik balik bagi akta berkenaan untuk tiga keadaan iaitu sesuatu kesalahan yang melibatkan keselamata­n negara, keselamata­n awam dan hal berkaitan perkauman.

“Pemakaian akta-akta ini setakat tiga perkara ini, diteruskan buat masa sekarang tetapi cadangan untuk pinda masih dalam proses dan akan diumumkan kemudian apabila kerajaan siapkan rangka baharu seperti yang dicadangka­n,” katanya.

Pada Ahad, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kabinet bersetuju menarik semula moratorium ke atas Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012, Akta Pencegahan Keganasan (POTA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Hasutan susulan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 Subang Jaya pada 26 Nov lepas.

Sementara itu ditanya berhubung dakwaan mengenai kejadian gangguan seksual di stesen radio berbahasa Inggeris BFM 89.9, Gobind Singh menjawab ringkas : “Saya akan meminta BFM untuk memberi penjelasan dan laporan berhubung isu ini.”Bernama

“Dasar ini akan menyokong pertumbuha­n keselamata­n siber kita yang merangkumi tindak balas insiden keselamata­n siber yang dipertingk­atkan dan forensik digital dengan keupayaan analisis data, ” GOBIND SINGH DEO

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)

 ??  ?? GOBIND (dua kanan) ketika hadir pada Majlis Perasmian Seminar Pembanguna­n Strategi Keselamata­n Siber Negara pada Isnin.Turut kelihatan Ketua Pengarah Keselamata­n Negara Engku Hamzah Tuan Mat (kanan) dan Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Al-Ishsal Ishak (dua, kiri). -Gambar Bernama
GOBIND (dua kanan) ketika hadir pada Majlis Perasmian Seminar Pembanguna­n Strategi Keselamata­n Siber Negara pada Isnin.Turut kelihatan Ketua Pengarah Keselamata­n Negara Engku Hamzah Tuan Mat (kanan) dan Pengerusi Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Al-Ishsal Ishak (dua, kiri). -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia