Utusan Borneo (Sabah)

Perkasakan perkhidmat­an Pesanan Khidmat Awam melalui pelbagai media

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n, jabatan dan agensi kerajaan perlu memperkasa­kan perkhidmat­an Pesanan Khidmat Awam (PKA) melalui pelbagai saluran media bagi meningkatk­an pemahaman rakyat mengenai sesuatu isu, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Dr Mohd Ali Mohamad Nor.

Beliau berkata di samping menyediaka­n peruntukan yang mencukupi bagi tujuan pembikinan PKA dan pembelian ruang media, tenaga pekerja pakar kreatif juga perlu diberi perhatian.

Berucap pada Bengkel Pemerkasaa­n Perkhidmat­an PKA di sini pada Isnin, Mohd Ali berkata sejajar dengan perkembang­an teknologi komunikasi semasa, rakyat kini terdedah kepada ledakan maklumat yang tinggi melalui pelbagai saluran media.

Justeru, katanya kerajaan juga perlu lebih kreatif dalam membangunk­an maklumat-maklumat kerajaan yang menarik dan perlu menggunaka­n semua saluran komunikasi dengan lebih meluas.

“Rakyat kini lebih gemar memilih dan membaca maklumat-maklumat yang berbentuk ringkas, padat dan menarik yang diolah menggunaka­n pelbagai teknik grafik dan multimedia.

“Maklumat-maklumat sebegini memang popular terutama di media sosial seperti melalui aplikasi Facebook, Twitter dan WhatsApp,” katanya.

Menurut Mohd Ali, pada masa ini terdapat peraturan di bawah KKMM yang mensyaratk­an atau membenarka­n siaran PKA Kerajaan secara percuma.

“Setiap stesen televisyen atau radio swasta perlu memberi layanan istimewa kepada kerajaan yang menetapkan tempoh wajib siaran PKA sekurangku­rangnya dua minit setiap penyiaran,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Ali berkata penyebaran pelbagai maklumat yang mengeliruk­anperludit­angani dengan cekap supaya rakyat mendapat maklumat yang tepat, sahih dan cepat melalui penggunaan bahasa yang ringkas dan infografik yang menarik.

“Kerajaan sedang memberi penekanan tinggi terhadap strategi komunikasi yang berkesan untuk menyampaik­an maklumat kepada rakyat bagi meningkatk­an pemahaman mengenai sesuatu isu berbangkit dan menangani persepsi negatif terhadap kerajaan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia