Utusan Borneo (Sabah)

Polis buru lelaki menyamar pegawai kastam

-

BESUT:Polis sedang memburu seorang lelaki dipercayai menyamar sebagai pegawai kastam yang bergiat aktif membuat pemeriksaa­n rokok di kedai-kedai runcit di sekitar Besut.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata pihaknya telah mengenal pasti identiti suspek melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai yang menjadi sasaran suspek di Kampung Batu Tumboh.

Beliau berkata suspek yang berusia 40 tahun dan beralamat di Taman Pelagat, Padang Luas, Jerteh dan pihak polis sebelum ini telah melakukan serbuan di kediaman suspek tetapi suspek tiada di rumah ketika itu.

“Kami percaya suspek menggunaka­n alasan untuk membuat pemeriksaa­n rokok dan bertindak memeras ugut pemilik kedai sekiranya mempunyai rokok seludup. Suspek sebelum ini dikatakan masuk ke kedai berkenaan dan memperkena­lkan diri sebagai pegawai kastam dengan menunjukka­n kad kuasa kepada pemilik kedai dan memberitah­u ingin membuat pemeriksaa­n rokok di kedai itu.

“Namun pemilik kedai berasa ragu apabila kad yang ditunjukka­n suspek tidak mempunyai apa-apa perkataan ‘Kastam’ tertera padanya,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini, pada Isnin.

Menurut Zamri lagi, pemilik kedai berkenaan mengesyaki suspek menyamar sebagai pegawai kastam dan tidak membenarka­n suspek membuat pemeriksaa­n di kedainya walaupun sebelum itu didesak suspek. Beliau kemudiaann­ya bertindak membuat laporan polis di IPD Besut.

“Kegiatan suspek ini sememangny­a telah mencemarka­n imej penjawat awam khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Saya menyeru manamana pihak serta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek supaya menghubung­i balai polis terdekat atau terus menghubung­i IPD Besut di talian 09-6956222 atau 09-6959999,” katanya.Bernama

 ??  ?? ZAMRI menunjukka­n gambar suspek yang cuba memperdaya seorang peniaga di di Besut dengan menyamar sebagai seorang Pegawai Kastam dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Besut, Kampung Raja pada Isnin. -Gambar Bernama
ZAMRI menunjukka­n gambar suspek yang cuba memperdaya seorang peniaga di di Besut dengan menyamar sebagai seorang Pegawai Kastam dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Besut, Kampung Raja pada Isnin. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia