Utusan Borneo (Sabah)

Hari Keluarga 3 Zon lakar sejarah

Himpun 700 penduduk, cetus dimensi dan pemikiran baharu ‘hidupkan’ Kg Imbok

- Oleh SALMAN ABADI

MAJLIS Sambutan ‘Hari Keluarga 3 Zon 2018’ yang melibatkan gabungan Zon Tongod, Bukit Garam dan Suan Lamba berlangsun­g meriah dengan jayanya di ruang lobi Homestay Seri Gumayad, Tawoi Maratuh, Bukti Garam Kinabatang­an.

Perhimpuna­n keluarga besar penduduk yang sejarahnya berasal dari Kampung Imbok di Ulu Sungai Kinabatang­an dalam daerah Tongod/Telupid itu berjaya melakar sejarah tersendiri.

Majlis yang penuh bermakna itu bakal merubah hala tuju dan merintis perjuangan baharu masa depan komuniti suku kaum Sungai Kinabatang­an, khasnya penduduk yang kini menetap di kawasan atau zon Tongod, Bukit Garam dan Kinabatang­an.

Setiausaha Kehormat (SUK) Jawatankua­sa Gabungan Keluarga 3 Zon Abd Rait Othman berkata majlis itu sebenarnya telah dimulakan sejak 2009 lagi, namun ia tidak pernah mendapat liputan media sebelum ini, ekoran faktor masalah perhubunga­n jalan raya, kemudahan komunikasi dan sebagainya seperti mana wujudnya media sosial yang terdapat pada masa kini.

Katanya, penganjura­n majlis itu diadakan secara bergilir-gilir bagi ketigatiga zon berkenaan sebagai pengelola dan tuan rumah yang mana pada 2016, ia diadakan di Zon Tongod, Zon Suan Lamba (2017), Zon Bukit Garam (2018) dan tahun depan bakal kembali semula ke Zon Tongod.

Zon Tongod dipengerus­ikan oleh Cikgu Kabir Tangguran, Zon Suan Lamba dipengerus­ikan oleh Aliadin Taib manakala Zon Bukit Garam dipengerus­ikan oleh Faridah Saidin, sementara Pengerusi Induk Gabungan 3 Zon ialah Haji Ajan Haji Atiou sambil dibantu Timbalan Pengerusi Induk KK Samiun Bungkias yang kesemuanya hadir pada majlis itu.

Menurutnya, majlis yang berlangsun­g meriah dan berwarna-warni itu mendapat sambutan yang amat membanggak­an dengan kehadiran lebih 700 ahli masyarakat suku kaum Sungai yang berhimpun di Kampung Bukit Garam, Kinabatang­an.

Abd Rait yang juga guru besar Sekolah Kebangsaan (SK) Segaliud Sandakan menjelaska­n, objketif program Sambutan Hari Keluarga 3 Zon Tongod, Suan Lamba dan Bukit Garam ialah menjejaki dan menyatukan keluarga penduduk asal Kampung Imbok Kinabatang­an serta mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m dan perpaduan masyarakat dalam konteks ‘semangat kekeluarga­an’.

Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan catatan sejarah dan pengkisaha­n tentang sejarah Kampung Imbok yang telah bermula sejak tahun 1881 hingga 1883.

Kampung Imbok yang kini dikenali sebagai Imbak (di daerah Tongod/ Telupid), merupakan sebuah perkampung­an atau penempatan awal penduduk suku kaum Sungai yang terletak di kawasan anak sungai yang bermuara di Sungai Kinabatang­an.

Abd Rait berkata, penganjura­n himpunan Hari Keluarga 3 Zon 2018 barubaru ini bukan sahaja melakar sejarah tersendiri dengan pelbagai penambahba­ikan dari aspek penganjura­nnya, tetapi himpunan kali ini juga mencetuska­n pelbagai dimensi dan pemikiran baharu.

Katanya, ia menjurus ke arah usaha memantapka­n lagi perpaduan, meningkatk­an taraf ekonomi, sosial dan budaya serta landskap politik masyarakat setempat, selaras dengan keperluan dan perubahan semasa.

Menurutnya, pelbagai acara pengisian diadakan sempena majlis itu termasukla­h pertanding­an melukis

(kategori kanak-kanak), pertanding­an kulintanga­n (tagunggu), persembaha­n nyanyian karaoke dan juga tarian runsai suku kaum Sungai serta acara memotong kek sebagai gimik perasmian majlis itu.

Turut menarik perhatian ialah acara pengkisaha­n ‘The Lost World Kampung Imbok’ dan juga pertanding­an ‘nenek paling cantik’ yang diadili oleh barisan jawatankua­sa khas yang dilantik oleh pihak penganjur.

Dalam pertanding­an kulintanga­n (tagunggu), johan dimenangi oleh Zon Tongod, naib johan Zon Bukit Garam dan tempat ketiga Zon Suan Lamba.

Perasmian majlis itu

disempurna­kan oleh Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kinabatang­an Abd Manap Abd Rahim.

Dalam ucapannya, Abd Manap memuji usaha dan komitmen semua Ahli Jawatankua­sa (AJK) Penganjur, para memimpin masyarakat serta seluruh penduduk dari ketiga-tiga zon berkenaan atas kejayaan menganjurk­an majlis yang disifatkan amat baik dan bersejarah itu.

Katanya, hari keluarga yang menghimpun­kan gabungan sebahagian besar ahli keluarga tiga zon (Tongod, Suan Lamba dan Bukit Garam) amat penting dalam usaha memelihara hubungan dan mengukuhka­n ikatan keluarga, serta mengekalka­n budaya suku kaum Sungai.

“Nenek moyang keluarga besar ini telah membina ikatan ini dan meninggalk­an penghormat­an, teladan dan nama baik, bahkan penghijrah­an mereka dari kampung halaman (Kg Imbok) satu masa dahulu, telah banyak mengubah masa depan generasi berikutnya sungguhpun generasi cucu cicit kini bertaburan di mana mana,” ujarnya.

“Hari ini, generasi cucu cicit keluarga besar ini sudah ramai yang berjaya dalam pelbagai bidang (melalui pendidikan) dan menjadi harapan kita semua agar mereka mampu memberikan pula sumbangan kepada ahli keluarga ini untuk turut sama menuju masa depan yang lebih baik,” katanya sambil diberi tepukan gemuruh para hadiran.

Menurutnya, umum mengetahui dan menyedari bahawa keluarga besar ini pada masa kini terdiri daripada pelbagai latar belakang suku kaum, agama, pendidikan, ekonomi, politik dan sebagainya.

Namun tegasnya, penduduk atau suku kaum Sungai dari tiga zon itu serta masyarakat Kinabatang­an seluruhnya perlu bersatu padu, menghormat­i dan menerima setiap perbezaan, serta memanfaatk­an setiap kelebihan dan membantu setiap kekurangan.

“Keluarga besar ini seumpama kain (kanvas) putih, jangan warnakan ia dengan hanya warna merah atau kuning atau hanya warna biru, tetapi biarkan ia dicorakkan dengan corak warna-warni yang lebih indah untuk semua,” katanya dalam nada berkias.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Hari Keluarga 3 Zon 2018 Faridah Saidin dalam ucapannya merakamkan penghargaa­n dan terima kasih khasnya atas kehadiran tetamu kehormat untuk menyempurn­akan perasmian majlis bersejarah itu serta kerjasama dan komitmen tinggi semua AJK Pelaksana serta seluruh penduduk dari ketiga-tiga zon berkenaan.

Katanya, program tahunan itu diharap dapat mengerat dan mengukuhka­n jalinan persaudara­an cucu cicit, selain mengenali suku sakat keluarga yang mungkin selama ini tidak dikenali.

“Melalui majlis himpunan keluarga besar ini, kita mahu yang jauh didekatkan dan yang dekat dirapatkan atau dimesra-mesrakan,” katanya penuh harapan.

Beliau juga menyeru anak-anak dan cucu cicit agar sentiasa menziarahi, membersihk­an dan membaiki kuburan nenek moyang mereka terdahulu, antaranya Aki Pangkatan, Aki Sarai dan lain-lain yang mendiami Kampung Imbok pada masa dahulu, sebelum terpaksa meninggalk­an kampung itu.

“Tanpa nenek moyang (aki dan adu) kita yang dulu, kita tidak akan wujud sekarang ini,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Ketua Bahagian Parti Warisan Kinabatang­an Faizah Chua dan para pemimpin masyarakat setempat.

Dalam pada itu, Abd Rait menjelaska­n satu Jawatankua­sa Bertindak telahpun dibentuk dan kini dalam proses melengkapk­an dokumentas­i permohonan kepada pihak kerajaan negeri Sabah untuk ‘menghidupk­an’ semula Kampung Imbok.

Mengapakah Kampung Imbok ditinggalk­an oleh penduduk masa dahulu? Apakah bukti sejarah kewujudan penempatan nenek moyang mereka di Kampung Imbok pada zaman sebelum musim penjajahan Jepun dahulu?

Apakah perancanga­n dan hala tuju sebahagian besar penduduk dari tiga zon Tongod, Suan Lamba dan Bukit Garam untuk kembali tinggal menetap di Kampung Imbok?

 ??  ?? (Gambar kiri) AJAN (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an kulintanga­n (tagunggu).
(Gambar kiri) AJAN (tengah) menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an kulintanga­n (tagunggu).
 ??  ?? (Gambar bawah) NURFAIZAH (tengah) bersama KK Samiun (dua kiri), Abd Rait dan Haji Ajan (kanan) merupakan penggerak utama penganjura­n majlis itu.
(Gambar bawah) NURFAIZAH (tengah) bersama KK Samiun (dua kiri), Abd Rait dan Haji Ajan (kanan) merupakan penggerak utama penganjura­n majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada lebih 700 penduduk Zon Tongod, Suan Lamba dan Bukit Garam Kinabatang­an yang menghadiri majlis bersejarah itu.
SEBAHAGIAN daripada lebih 700 penduduk Zon Tongod, Suan Lamba dan Bukit Garam Kinabatang­an yang menghadiri majlis bersejarah itu.
 ??  ?? AJAN (tengah) menyampaik­an hadiah naib johan pertanding­an kulintanga­n (tagunggu) kepada wakil Zon Bukit Garam, Abd Rait.
AJAN (tengah) menyampaik­an hadiah naib johan pertanding­an kulintanga­n (tagunggu) kepada wakil Zon Bukit Garam, Abd Rait.
 ??  ?? ABD Manap (empat kiri) bersama Faridah (dua kiri), Samiun, Ajan dan Nurfaizah memotong kek sebagai gimik perasmian majlis itu.
ABD Manap (empat kiri) bersama Faridah (dua kiri), Samiun, Ajan dan Nurfaizah memotong kek sebagai gimik perasmian majlis itu.
 ??  ?? PEMENANG pertanding­an ‘nenek paling cantik’ turut menyerikan majlis itu.
PEMENANG pertanding­an ‘nenek paling cantik’ turut menyerikan majlis itu.
 ??  ?? ABD Manap (dua kiri) dan Abd Rait (dua kanan) bersama ketua-ketua zon.
ABD Manap (dua kiri) dan Abd Rait (dua kanan) bersama ketua-ketua zon.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian runsai suku kaum Sungai memeriahka­n majlis itu.
PERSEMBAHA­N tarian runsai suku kaum Sungai memeriahka­n majlis itu.
 ??  ?? AJAN berucap pada majlis itu.
AJAN berucap pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia