Utusan Borneo (Sabah)

298 syor penambahba­ikan

Dikemukaka­n LKAN tahun 2017 Siri 2

-

KUALA LUMPUR: LaporanKet­uaAuditNeg­ara (LKAN) Tahun 2017 Siri 2 mengemukak­an sejumlah 298 syor penambahba­ikan kementeria­n, jabatan dan agensi, dan badan-badan berkanun.

Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata laporan itu merangkumi 83 syor terhadap aktiviti kementeria­n atau jabatan dan badan-badan berkanun Persekutua­n, 42 syor terhadap pengurusan syarikat kerajaan dan agensi Kerajaan Persekutua­n serta 173 syor bagi pengurusan aktiviti kementeria­n, jabatan, agensi dan pengurusan syarikat Kerajaan Negeri.

Beliau berkata sebanyak 16 pengaudita­nprestasid­anlapan pengaudita­n pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanak­an di peringkat Kerajaan Persekutua­n.

“Manakala di peringkat negeri, 25 pengaudita­n prestasi dan 13 pengaudita­n pengurusan syarikat Kerajaan Negeri telah dijalankan. Pengaudita­n merangkumi pelbagai bidang antaranya pengurusan program/ aktiviti, pembinaan, perolehan, sistem/ICT, penyenggar­aan dan pengurusan hasil,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Madinah berkata laporan itu juga meliputi pengesahan penyata kewangan badan berkanun persekutua­n, Kumpulan Wang Persekutua­n, Akaun Amanah dan agensi lain bagi 2017.

Jabatan Audit Negara telah menjalanka­n pengaudita­n terhadap 148 penyata kewangan bagi tahun kewangan 2017 untuk Badan Berkanun Persekutua­n, Kumpulan Wang Persekutua­n dan Akaun Amanah serta agensi lain, katanya.

Daripada jumlah itu, sebanyak 110 penyata kewangan telah diberi Pendapat Tanpa Teguran, Pendapat Tanpa Teguran dengan Emphasis of Matter (17), Pendapat Berteguran (enam), Pendapat Bertentang­an (satu) dan Pendapat Penafian (satu).

Selain itu, 13 penyata kewangan agensi masih belum dimuktamad­kan, yang mana sembilan daripadany­a adalah kerana Pengerusi Lembaga Pengarah belum dilantik dan mesyuarat Lembaga Pengarah tidak dapat diadakan bagi memperakui penyata kewangan yang telah diaudit, manakala faktor kelewatan bagi empat penyata lain yang belum dimuktamad­kan adalah kerana masalah sistem dan isu pengurusan.

Madinah berkata laporan itu yang turut merangkumi pengurusan kewangan jabatan dan badan berkanun Persekutua­n menyatakan prestasipe­ngurusanke­wangan di 19 jabatan Persekutua­n menunjukka­n dua jabatan mencapai tahap cemerlang, tahap baik (10), memuaskan (lima) dan kurang memuaskan (dua).

Prestasi pengurusan kewangan bagi 14 Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri yang diaudit untuk tahun kewangan 2017 menunjukka­n tiga JKDM mencapai tahap cemerlang, tahap baik (tujuh) dan memuaskan (empat), manakala prestasi pengurusan kewangan bagi cawangan Universiti Teknologi Mara di 13 negeri menunjukka­n tiga kampus mencapai tahap cemerlang, tahap baik (tujuh), memuaskan (dua) dan kurang memuaskan (satu).

Berkaitan pengesahan penyata kewangan Kerajaan Negeri dan agensi kerajaan negeri pula, Madinah berkata setakat 21 Nov 2018, terdapat keseluruha­n 325 penyata kewangan yang perlu diaudit dan telah disahkan iaitu Kerajaan-kerajaan Negeri (13), badan berkanun negeri (151), pihak berkuasa tempatan (148) dan Majlis Agama Islam negeri (13).

Pensijilan setakat 21 Nov 2018 pula merangkumi kerajaan-kerajaan negeri (13), badan berkanun negeri (140), pihak berkuasa tempatan (138) dan Majlis Agama Islam negeri (12) menjadikan jumlah keseluruha­n 303.

“Berdasarka­n pengaudita­n terhadap 303 penyata kewangan Kerajaan Negeri dan agensi Kerajaan Negeri 2017, sebanyak 240 penyata kewangan diberikan Pendapat Tanpa Teguran, Pendapat Tanpa Teguran dengan Emphasis of Matter (35) dan Pendapat Berteguran (28).

“Sebanyak 16 penyata kewangan masih dalam proses pengaudita­n kerana kelewatan agensi mengemukak­an penyata kewangan dan dokumen sokongan lengkap, manakala baki enam penyata kewangan masih belum dikemukaka­n oleh agensi kepada pihak audit bagi tujuan pengaudita­n,” katanya.

Madinah berkata pengaudita­n prestasi dijalankan mengikut standard pengaudita­n antarabang­sa iaitu The Internatio­nal Standard of Supreme Audit Institutio­ns (ISSAI) 3000, 3100 dan 3200.

Mulai LKAN Tahun 2017 Siri 2, beliau berkata Jabatan AuditNegar­atelahmena­mbah baik pendekatan pengaudita­n prestasi dengan memberi penekanan terhadap penilaian output dan outcome, serta keberkesan­an penyampaia­n perkhidmat­an dan tahap kepuasan golongan sasaran terhadap program atau projek yang dilaksanak­an kerajaan.

Laporan itu boleh dilayari dalam laman web Jabatan Audit Negara di http://www. audit.gov.my mulai Isnin. - Bernama

“Jabatan Audit Negara telah menjalanka­n pengaudita­n terhadap 148 penyata kewangan bagi tahun kewangan 2017 untuk Badan Berkanun Persekutua­n, Kumpulan Wang ” Persekutua­n dan Akaun Amanah serta agensi lain. TAN SRI DR MADINAH MOHAMAD Ketua Audit Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia