Utusan Borneo (Sabah)

77.9 peratus projek naik taraf sekolah daif lewat siap : Audit

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 416 atau 77.9 peratus daripada 534 projek pembinaan semula dan menaik taraf sekolah daif menerusi kaedah Sistem Binaan Berindustr­i (IBS) mengalami kelewatan sepanjang tempoh 2016 hingga 2018.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2, sehingga 22 Okt ini hanya 118 (22.1 peratus) daripada keseluruha­n projek yang dilaksanak­an di bawah Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berjaya disiapkan mengikut jadual asal.

“Antara sebab berlaku kelewatan adalah pelaksanaa­n projek dalam mode segera (dalam tempoh tiga hingga empatbulan)tanpamenga­mbil kira keseluruha­n rantaian tempoh masa pelaksanaa­n projek (meliputi proses perolehan, kerja-kerja tanah dan kelulusan Kebenaran Merancang).

“Ia juga disebabkan ketetapan kaedah pelaksanaa­n projek secara reka dan bina serta akibat penawaran lebih 10 (tujuh hingga 16) projek kepada satu kontraktor,” demikian menurut laporan yang dikeluarka­n pada isnin.

Laporan itu turut mendedahka­n hasil audit bagi pengurusan projek yang mendapati ia tidak dilaksanak­an dengan cekap akibat kurang pemantauan dan komitmen daripada kontraktor atau perunding.

Projek menerusi kaedah pasang siap itu mula dilaksanak­an sejak tahun 2016 dengan peruntukan RM110.26 juta oleh KPM, Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membabitka­n 202 sekolah di Sabah dan Sarawak, dengan projek di bawah ICU tidak melibatkan kaedah IBS.

Pada 2017, projek diteruskan oleh KPM dan JKR membabitka­n 120 sekolah dengan peruntukan RM271 juta, manakala bagi tahun 2018 sebanyak 394 sekolah terlibat dengan peruntukan sebanyak RM2.5 bilion.

Menurut laporan yang merujuk kepada proses audit yang dibuat antara Julai 2017 dan Ogos 2018, status kemajuan kerja yang dilaporkan adalah tidak tepat, kos kontrak bagi projek di bawah KPM pada tahun 2016 dan 2017 masingmasi­ng melebihi peruntukan berjumlah RM6.42 juta dan RM3.13 juta, kelewatan bayaran kepada kontraktor dan 11 projek pembinaan bernilai RM1.49 juta yang dijalankan (pembinaan dataran kejat) adalah di luar skop projek.

Berdasarka­n laporan itu, maklumat balas JKR yang diterima pada 22 Okt lepas bagaimanap­un menyatakan skop pembinaan dataran kejat adalah berkaitan dengan bangunan tambahan sekolah daif selain bagi memenuhi akta Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia iaitu perlu ada kawasan lapang jika berlaku kecemasan.

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitk­an dan memastikan perkara yang sama tidak berulang, Audit mengesyork­an kementeria­n itu serta agensi pelaksana perlu menetapkan tempoh menyiapkan projek dengan mengambil kira proses pra pelaksanaa­n dan tempoh keseluruha­n pelaksanaa­n projek.

KPM dan JKR juga perlu membuat semakan punca kos kontrak melebihi peruntukan yang diluluskan, mengkaji keperluan sebenar peruntukan dengan menjadual semua unjuran perbelanja­an berdasarka­n kontrak dan kemajuan kerja serta meningkatk­an kecekapan dalam proses bayaran kepada kontraktor. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia