Utusan Borneo (Sabah)

Perhimpuna­n ICERD: Jangan tanam kebencian, ketakutan: Khalid

-

KUALA LUMPUR: Peserta perhimpuna­n kesyukuran Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) di ibu kota Sabtu ini, diminta tidak menimbulka­n masalah dan menghasut sehingga boleh menyebabka­n ketegangan.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad turut menasihatk­an mereka supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak bertindak menanam ketakutan serta kebencian di kalangan rakyat.

Beliau turut mempersoal­kan tindakan penganjur perhimpuna­n itu meneruskan penganjura­n, walaupun kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak meratifika­si ICERD.

“Tapi oleh kerana mereka ingin nak berhimpun juga, mungkin kerana t-shirt dah cetak, hotel dah tempah, duit dah keluar dan sebagainya...Kalau mereka nak juga berhimpun, lalu kita akui lah hak mereka.

“Yang nak datang, dipersilak­an...belanja di Kuala Lumpur (KL), beli-belah dan sebagainya. Sumbang untuk ekonomi warga KL, amat dialu-alukan, tetapi janganlah timbulkan masalah. Kita harus menyeru ke arah perpaduan dan kesatuan rakyat, bukannya melaga-laga antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran logo dan imej ‘Kuala Lumpur Criterium – Night Challenge’ di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, pada Isnin.

Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifika­si ICERD dan akan terus mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n yang di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetuj­ui oleh semua kaum semasa pembentuka­n negara ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia