Utusan Borneo (Sabah)

Polis Kelantan tidak tolak kemungkina­n 129 penjenayah dari Thailand bersembuny­i di Malaysia

-

KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia membantu Thailand memburu 129 penjenayah yang didakwa oleh Ketua Polis Wilayah Narathiwat, Dusedee Susangkit, sedang bersembuny­i di Malaysia, jika ada permintaan dari negara itu yang dibuat mengikut prosedur undang-undang.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azmi Abu Kassim berkta pihaknya tidak tolak kemungkina­n ada warga asing yang melakukan kesalahan di negara masingmasi­ng, kini berada dalam negara.

“Apa yang dimaklumka­n Ketua Polis Wilyah Narathiwat, Mej Jen Dusedee Susangkit bersumberk­an daripada maklumat risikan mereka dan Malaysia, hasil mesyuarat dua hala yang sering diadakan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Isnin.

Sabtu lepas, portal berita melaporkan Dusadee yang dipetik sebagai berkata kebanyakan penjenayah menggunaka­n ‘jalan tikus’ untuk keluar masuk ke sempadan Thailand-Malaysia, dan mungkin masih aktif khususnya dalam kegiatan penyeludup­an di sempadan.

Mengulas mengenai dakwaan Dusadee bahawa negara berkenaan menjadi hub transit membawa masuk pil kuda ke Malaysia, Azmi berkata perkara itu tidak mustahil, namun PDRM mempunyai pelbagai insentif untuk memastikan barangan terlarang itu tidak melepasi kawalan di sempadan.

Terdahulu, dalam sidang media yang sama, Azmi berkata Polis Kelantan berjaya merampas 2.5 tan daun ketum bernilai RM75,000 di Jalan Jeli-Machang-Kota Bharu pada Rabu (28 Nov) lepas dan menahan dua lelaki masingmasi­ng berusia 34 dan 19 tahun.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, dua anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah sedang menjalanka­n rondaan pencegahan dan terlihat satu bungkusan terjatuh daripada sebuah lori tiga tan sebelum bertindak mengejar kedua-dua suspek sejauh 3 kilometer.

“Hasil siasatan, polis menemui puluhan plastik dipercayai mengandung­i ketum yang berasal dari Kedah untuk dipasarkan di Pasir Puteh. Kedua-dua suspek yang merupakan pemandu dan kelindan lori berkenaan mengakui mereka menerima upah RM3,000 untuk menyeludup barangan berkenaan.

“Kedua-duasuspekd­ireman sejak tarikh ditangkap dan dituduh di Mahkamah Majistret Jeli di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 semalam,” katanya. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? AZMI (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Isnin menunjukka­n daun ketum yang dirampas seberat 2.5 tan bernilai RM75,000 di Jalan Jeli-Machang-Kota Bharu minggu lepas. Dalam perkembang­an itu, polis menahan menahan dua lelaki masing-masing berusia 34 dan 19 tahun.
- Gambar BERNAMA AZMI (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada Isnin menunjukka­n daun ketum yang dirampas seberat 2.5 tan bernilai RM75,000 di Jalan Jeli-Machang-Kota Bharu minggu lepas. Dalam perkembang­an itu, polis menahan menahan dua lelaki masing-masing berusia 34 dan 19 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia