Utusan Borneo (Sabah)

MCA tidak berhak untuk cadang bubar BN: Ahmad Zahid

-

KUALA LUMPUR: MCA tidak mempunyai hak untuk mencadangk­an supaya Barisan Nasional (BN) dibubarkan, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sebaliknya,katanya,sebarangke­putusanunt­ukmembubar­kan gabungan parti itu perlu dicapai secara konsensus dan bukan semata-mata cadangan satu parti komponen sahaja.

Pada Ahad, Perhimpuna­n Agung MCA ke-65 sebulat suara meluluskan resolusi untuk memberi kuasa kepada Jawatankua­sa Pusat memulakan proses pembubaran BN membentuk perikatan baharu.

“Walaupun, ia merupakan satu cadangan, mereka harus ketahui bahawa sebarang keputusan BN adalah dibuat secara konsensus,” katanya Ahmad Zahid, yang juga presiden Umno, kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu, BN disertai oleh 13 parti komponen dan kini tinggal empat iaitu Umno, MCA, MIC dan myPPP selepas BN kehilangan kuasa untuk pertama kali dalam tempoh 61 tahun sejak negara mencapai kemerdekaa­n pada 1957.

Ahmad Zahid, bagaimanap­un, berkata BN menghormat­i keputusan MCA itu serta menasihatk­an parti itu mengetahui kedudukan mereka dalam Parlimen sekiranya mahu terus relevan dalam landskap politik negara.

MCA hanya mempunyai seorang wakil dalam Dewan Rakyat iaitu presiden parti, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai Anggota Parlimen Ayer Hitam.

Susulan pendirian parti itu, Ahmad Zahid berkata BN akan mengadakan rundingan dengan parti komponen lain dalam gabungan itu berhubung resolusi MCA untuk membubarka­n BN yang ditubuhkan pada 1973. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia