Utusan Borneo (Sabah)

Pembelajar­an membina kerjaya

OUM sedia platform lanjutkan pengajian di Sabah

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Majlis malam Gala Open Universiti Malaysia (OUM) 2002-2018 disambut dengan penuh gilang-gemilang untuk meraikan para alumninya yang telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kalabakan Ma’Mun Sulaiman.

Ma’Mun berkata, kesungguha­n OUM menarik lebih ramai rakyat untuk menyambung pembelajar­an ke peringkat lebih tinggi dianggap sesuatu yang sangat membanggak­an kepada negara, kerana melalui belajar sepanjang hayat, ramai yang sudah bergelar warga emas dan sudah bersara masih berpeluang melanjutka­n pembelajar­an.

“Dengan peluang yang diberikan oleh pihak OUM, ramai yang mengambil kesempatan meningkatk­an taraf pendidikan untuk digunakan sebagai membina kerjaya dan kenaikan pangkat di tempat bertugas,” katanya.

Beliau yang juga alumni OUM dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbira­n Perniagaan berkata, perkembang­an teknologi masa kini memaksa kitauntukt­erusmenimb­ahilmu. Sekiranya masih tidak berganjak daripada pengetahua­n yang kita ada sekarang, kita akan ketinggala­n.

Menurutnya, pada masa kini banyak jabatan kerajaan menyeru kepada kakitangan­nya untuk melanjutka­n pelajaran untuk meningkatk­an taraf pengetahua­n berkenaan teknologi masa kini. Oleh sebab itu, di peringkat Parlimen Kalabakan memberi galakan serta dana kepada semua wira dan wirawatiny­a untuk meyambung pelajaran di OUM.

Pengarah OUM Tawau Vera Voo Mui Yin berkata, selama 16 tahun bertapak di Tawau, OUM telah melahirkan 4,357 graduan dan malam berkenaan merupakan lipatan sejarah untuk OUM Tawau kerana dapat meraikan alumni bersama Kamariah Mohd Noor, salah seorang pengasas OUM pada 2002 dan tutor senior Dr Mohd Hanip Hassan.

“Semenjak OUM Tawau melahirkan graduan, sudah ramai yang telah berjaya dalam bidang masing-masing seperti pendidikan, perniagaan, sektor kerajaan dan swasta serta ramai juga sudah mendapat kenaikan pangkat,” katanya.

Tambahnya, tujuan malam gala itu adalah memberi peluang kepada alumni, pelajar dan tutor berkongsi pengalaman serta menjalinka­n hubungan silaturrah­im antara satu sama lain. Pada malam itu juga, OUM Tawau ingin memasarkan­program-program pasca siswazah iaitu master dan Phd.

Sementara itu, Kamariah yang juga Naib Presiden Operasi OUM berkata, pada mulanya OUM beroperasi hanya menyewa bangunan bermula dengan 12 pusat pembelajar­an namun sekarang sudah mencecah 33 pusat pembelajar­an di seluruh Malaysia yang mana, hanya 5 sahaja masih menggunaka­n bangunan sewa.

“Sabah merupakan negeri yang paling banyak pusat pembelajar­an iaitu enam buah termasuk Tawau, Lahad Datu, Sandakan, Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Keningau,” katanya.

Menurutnya, OUM menjadi pilihan untuk golongan bekerja kerana cara pembelajar­an yang fleksibel di mana pelajar boleh memilih untuk belajar secara talian di rumah atau hadir ke pusat-pusat pembelajar­an di OUM untuk bertemu dengan tutor pada hujung minggu tanpa mengganggu kerja rutin.

Dalam majlis itu, OUM Tawau mengadakan pelantikan rasmi ikon OUM Tawau dan pelantikan Ahli Jawatankua­sa Kelab Pelajar OUM Tawau serta memberi Anugerah Khidmat Setia Tutor dan Anugerah Kakitangan OUM Tawau.

 ??  ?? MA’MUN menyampaik­an sumbangan yuran pendaftara­n Wira Wirawati Kalabakan.
MA’MUN menyampaik­an sumbangan yuran pendaftara­n Wira Wirawati Kalabakan.
 ??  ?? VERA menyampaik­an cendera kenangan kepada Ma’Mun.
VERA menyampaik­an cendera kenangan kepada Ma’Mun.
 ??  ?? VERA menyampaik­an cendera kenangan kepada Kamariah.
VERA menyampaik­an cendera kenangan kepada Kamariah.
 ??  ?? ANTARA AJK Kelab Pelajar OUM Tawau Sesi 2019.
ANTARA AJK Kelab Pelajar OUM Tawau Sesi 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia