Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia bakal ada kampus cawangan universiti Jepun yang pertama di luar negara

-

KUALA LUMPUR: Kampus cawangan universiti Jepun, yang pertama di luar negara, besar kemungkina­n diwujudkan di Malaysia, kata Duta Jepun ke Malaysia Dr Makio Miyagawa yang membuat pendedahan itu pada Isnin.

Beliau berkata berdasarka­n polisi, universiti Jepun tidak pernah membuka kampus cawangan di luar negara tetapi Kementeria­n Pendidikan Jepun baru-baru ini menukar dasarnya, yang diilhamkan oleh permintaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kementeria­n Pendidikan kami memutuskan untuk memenuhi permintaan Tun Dr Mahathir dan telah pun meminda peraturann­ya untuk membenarka­n universiti Jepun ditubuhkan di luar negara,” katanya kepada Bernama dalam temu bual di sini.

Miyagawa berkata kementeria­n itu telah memaklumka­n beberapa universiti di Jepun dan respons setakat ini sangat positif dan paling positif diterima daripada Universiti Tsukuba.

“Terdapat beberapa lagi universiti tetapi Universiti Tsukuba kini berada di barisan hadapan. Universiti milik negara ini adalah antara universiti Jepun yang tertua dan ia melebarkan fungsinya merangkumi bidang penyelidik­an di Jepun, yang turut memperoleh penghargaa­nHadiahNob­el,” tambah beliau.

Miyagawa berkata isu pertama yang harus diatasi sebelum ia dapat direalisas­ikan berhubung status universiti, yang adalah sebuah institusi, dijalankan dengan bantuan subsidi yang besar oleh kerajaan.

“Kerajaan Jepun mengekalka­n dasar dengan meletakkan yuran yang berpatutan untuk semua universiti milik kerajaan dengan menawarkan peluang yang sama kepada keluarga kaya dan miskin untuk memilih universiti yang terbaik untuk pelajar mereka.

“Jadi masalah serius yang kami hadapi sekarang ialah walaupun Universiti Tsukuba berminat untuk menubuhkan kampus cawangan di Malaysia, tetapi mereka memerlukan tawaran daripada sektor awam atau swasta Malaysia untuk sediakan bangunan dan kemudahan dalaman, sekurang-kurangnya pada awal tahun,” kata Duta Jepun itu.

Isu lain ialah mengenai ketidakpas­tian berapa ramai pelajar Malaysia atau di Asia Tenggara yang akan memasuki universiti itu dan sama ada biasiswa akan ditawarkan, jika yuran dinaikkan. Sebelum universiti mewujudkan kampus cawangan di luar negara ia harus mengatasi masalah ini terlebih dahulu.

Beliau berkata ini memerlukan kerjasama dengan kerajaan Malaysia, dan beliau telah berusaha untuk menggerakk­annya bagi merealisas­ikan permintaan Perdana Menteri.

Menceritak­an latar belakang kepada perubahan hubungan Malaysia-Jepun ini,Miyagawabe­rkataapabi­la Dr Mahathir melawat Jepun pada Jun, hampir sebulan selepas mengambil alih jawatan, beliau bercakap mengenai rancangan untuk memulihkan dan memberi nafas baharu Dasar Pandang ke Timur yang beliau perkenalka­n ketika menjadi Perdana Menteri pada kali pertama, 1980-an.

Perdana Menteri berkata beliau melihat kemungkina­n permintaan yang tinggi dalam kalangan anak muda Malaysia untuk belajar di institusi pendidikan tinggi Jepun dan ini tentunya sangat mahal. Jadi timbul idea, untuk meningkatk­an Dasar Pandang ke Timur agar pelajar yang menuntut di Jepun dan Malaysia dapat mengurangk­an kos dengan mempelawa universiti Jepun menubuhkan kampus cawangan di Malaysia.

Dr Mahathir adalah penyokong kuat rakyat Malaysia yang ingin mempelajar­i nilai-nilai dan etika Jepun untuk mengukuhka­n keupayaan membina negara.

Miyagawa berkata di bawah Dasar Pandang ke Timur, sekurangku­rangnya 16,000 warga Malaysia menuntut di Jepun dengan biasiswa kerajaan. Bagaimanap­un terdapat ramai lagi pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun atas perbelanja­an sendiri dan menambah beliau telah bertemu ramai alumni yang telah melebarkan sayap dan menyumbang untuk pembanguna­n bangsa Malaysia.

“Ini memberikan kami kebanggaan dan penghormat­an. Malaysia telah pun berkembang dan membangun daripada pergantung­an kepada ekonomi sumber kepada ekonomi berasaskan perkhidmat­an dan teknologi.

“Dasar Pandang ke Timur mulai sekarang harus memberi tumpuan kepada teknologi dan perkhidmat­an canggih yang telah lama diamalkan di Jepun untuk dipindahka­n kepada usahawan muda Malaysia.

Pemindahan teknologi dan pembanguna­n sumber manusia telah lama menjadi dasar jangka panjang Jepun dalam mengukuhka­n kerjasama dengan Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia