Utusan Borneo (Sabah)

Malam penutupan Pesta Tamu Gadang UMSKAL penuh warna warni

- Festival of Light UMSKAL ‘menggegar’ dewan Utama UMSKAL.

LABUAN: Malam penutupan Pesta Tamu Gadang Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) 2018 berlangsun­g dengan meriah dan penuh warna warni.

Pesta Tamu Gadang UMSKAL yang bermula 30 November lalu berakhir pada Ahad di Dewan Utama, UMSKAL dengan pelbagai pengisian menarik serta menghiburk­an kira-kira 1,000 hadirin.

Para penonton pada malam itu disajikan dengan pelbagai acara hiburan antaranya persembaha­n mantap lima finalis Pertanding­an UMSKAL Talent Night yang membuat persembaha­n lakonan, nyanyian, tarian dan persembaha­n bermain dengan api.

Kemeriahan malam itu tidak terhenti di situ apabila sekumpulan tidak kurang 30 penari yang digelar Festival Of Light UMSKAL menggegark­an dewan dengan perse- mbahan tarian yang tidak ubah seperti babak dalam filem tamil.

Persembaha­n mereka yang mendapat tepukan gemuruh penonton disahut pula oleh persembaha­n memukau kumpulan penari Taming Mas UMSKAL dengan membawa tarian tradisi suku kaum Bugis.

Malam gemilang penutupan Pesta Tamu Gadang UMSKAL itu dilengkapi dengan kemunculan dua artis jemputan iaitu Syafiq Farhain dan Haqiem Rusli, yang masing-masing mendendang­kan empat lagu. Persembaha­n vokal yang mantap daripada mereka nyata memukau hadirin yang turut serta menyanyi bersama di sepanjang lagu.

Pesta Tamu Gadang UMSKAL merupakan acara tahunan dan bagi tahun ini dipenuhi pelbagai program sampingan lain antaranya Cyber Game Challenge, Bengkel dan Pertanding­an Catur, Pameran Perubatan Tradisiona­l, Kids Got Talent, Futsal Terbuka Lelaki, Karaoke Santai, Graduate Run UMSKAL, Combat Sport Demo, Bengkel Tari, UMSKAL Cooking Challenge dan gerai jualan makanan serta barangan.

Perasmian majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah kepada pemenang Pertanding­an UMSKAL Talent Night disempurna­kan oleh Pengarah UMSKAL Prof Dr Murnizam Halik.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Kampus UMSKAL Prof Madya Dr Geoffrey Harvey Tanakinjal, Timbalan Dekan Akademik dan Antarabang­sa Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan Prof Madya Dr Lee Hock Ann, Timbalan Pendaftar Kanan UMSKAL Zamri Mohamad Tuah dan Naib Presiden MPP UMSKAL Fauzan Mirza Eko.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N
PERSEMBAHA­N
 ??  ?? MURNIZAM (dua dari kanan) menyempurn­akan gimik perasmian penutupan bersama tetamu jemputan lain.
MURNIZAM (dua dari kanan) menyempurn­akan gimik perasmian penutupan bersama tetamu jemputan lain.
 ??  ?? MURNIZAM (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama semua finalis UMSKAL Talent Night.
MURNIZAM (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama semua finalis UMSKAL Talent Night.
 ??  ?? GERAI-gerai jualan makanan dan barangan Pesta Tamu Gadang UMSKAL.
GERAI-gerai jualan makanan dan barangan Pesta Tamu Gadang UMSKAL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia