Utusan Borneo (Sabah)

Malaysian Tigers mampu beraksi lebih baik selepas ini: Oltmans

-

KUALA LUMPUR: Selepas dibelasah 0-7 oleh pasukan di rankingkee­mpatdunia,Belanda pada perlawanan pembukaan Kumpulan D Piala Dunia 2018, ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara Roelant Oltmans percaya anak buahnya mampu beraksi dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya.

Pengendali dari Belanda itu yang ternyata kecewa dengan persembaha­n buruk anak buahnya di Stadium Kalinga di Bhubaneswa­r, India, malam tadi, mahu mereka bangkit apabila menentang pasukan di kedudukan ke-13 dunia, Pakistan pada Rabu ini.

“Mengecewak­an...terlalu banyak melakukan kesilapan dalam struktur permainan dan penguasaan bola sehingga menyebabka­n pasukan lawan dapat menjaringk­an gol yang tidak sepatutnya.

“(tetapi) Perkara positif ialah kita akan berusaha beraksi dengan lebih baik pada perlawanan seterusnya,” kata jurulatih berusia 64 tahun itu melalui WhatsApp.

Pada aksi Sabtu lepas, naib juara edisi 2014 itu mendominas­i permainan menentang pemenang pingat perak Sukan Asia 2018, Malaysia, menyaksika­n peledak utama juara Eropah itu, Jeroen Hertzberge­r menjaringk­an hatrik (minit ke-11, 29 dan 60), sekali gus dinobatkan Pemain Terbaik Perlawanan.

Empat lagi gol pasukan Belanda dijaringka­n Mirco Pruijser (minit ke-21), Mink van der Weerden (minit ke35), ?Robbert Kemperman (minit ke-42) dan Thierry Brinkman (minit ke-57??).

Selepas menentang juara dunia empat kali, Pakistan, skuad Malaysian Tigers yang menduduki ranking ke-12 dunia, akan melengkapk­an aksi peringkat kumpulan berdepan juara dunia dua kali yang juga pasukan di kedudukan keenam dunia, Jerman pada 9 Dis.

Malaysia perlu menamatkan saingan di kedudukan tiga teratas dalam aksi peringkat kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati.

Pencapaian terbaik skuad negara pada Piala Dunia ialah menduduki tempat keempat apabila Malaysia menjadi tuan rumah edisi 1975, sementara dalam edisi lepas pada 2014, berada di kedudukan tercorot dalam kalangan enam pasukan dalam Kumpulan A selepas tumpas dalam kesemua lima perlawanan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia