Utusan Borneo (Sabah)

Perlumbaan ‘Criterium - Night Challenge’ kembali selepas 20 tahun

-

KUALA LUMPUR: Seramai 2,000 peserta dijangka mengambil bahagian apabila ‘Kuala Lumpur Criterium - Night Challenge’ kembali dianjurkan selepas 20 tahun di Dataran Merdeka.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad berkata acara berbasikal pada waktu malam yang melibatkan 20 kategori termasuk wanita dan kanakkanak itu akan diadakan pada 2 Feb depan sempena Hari Wilayah Persekutua­n 2019.

Beliau berkata acara tumpuan utama adalah kategori terbuka lelaki (40km) dan terbuka elit (50km) yang bakal disertai beberapa pelumba profesiona­l negara pada sebelah malam, walaupun karnival diadakan sepanjang hari.

“Acara berbasikal menjadi fenomena dalam industri sukan negara ketika ini dengan minat yang tinggi dalam kalangan rakyat. Kuala Lumpur turut aktif mempromosi acara berbasikal melalui penganjura­n ‘KL Car Free Morning’ setiap dua minggu, dan baru-baru ini acara Berbasikal OCBC.

“Acara KL CriteriumN­ight Challenge mempunyai keunikan tersendiri. Peminat berbasikal pastinya memahami konsep perlumbaan kriterium yang dipenuhi dengan strategi dan taktikal pecutan hebat, kelajuan dan kepantasan kayuhan pelumba,” katanya pada majlis pelancaran logo dan imej kejohanan itu di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Isnin.

Khalid berkata selain meletakkan Kuala Lumpur di peta sukan dunia, acara itu juga memberi peluang kepada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengintai potensi pelumba muda yang bakal diserapkan ke peringkat lebih tinggi.

Sementara itu, pengarah acara berkenaan Emir Abdul Jalal berkata pasukan profesiona­l seperti Terengganu Cycling Team (TSG), Team Sapura Cycling dan Forca Amskins menunjukka­n minat menyertai kejohanan tersebut dalam merebut gelaran ‘Raja Pecut’ Malaysia, selepas kali terakhir kriterium malam itu diadakan pada 1999.

“Selain itu, kita juga sedang cuba membawa pelumba dari negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia. Acara ini akan disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan YouTube,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia