Utusan Borneo (Sabah)

Eki tidak puas beraksi

Mahu diberi lebih masa untuk beri impak dalam perlawanan

-

KUALA LUMPUR: Penyerang negara, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi mengakui tidak puas beraksi ketika diturunkan menentang Thailand pada separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lepas.

Pemain PKNP FC yang dipinjamka­n ke kelab liga utama Thailand, Narkhon Ratchasima FC itu, berkata tempohaksi­singkatdib­erikan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe menyukarka­nnya memberi impak dalam perlawanan tersebut.

Muhammad Shahrel atau lebih dikenali sebagai ‘Eki’, berkata sekiranya diberikan lebih masa, beliau sekurang-kurangnya boleh menyesuaik­an diri dengan tempo perlawanan sebelum dapat melakukan sesuatu.

“Secara jujur, saya tak puas bermain kerana tempoh permainan yang diberikan itu saya tidak boleh lakukan apa-apa. Situasi perlawanan ketika itu juga agak laju dan ia menambahka­n kesukaran kepada saya untuk menyesuaik­an diri,” katanya kepada Bernama.

Muhammad Shahrel yang dinobatkan Penyerang Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2017 dimasukkan pada minit ke-81 ketika skuad Harimau Malaya terdesak memecah kebuntuan gol dalam aksi berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Muhammad Shahrel, 24, bagaimanap­un berkata terpulang kepada ketua jurulatih sama ada ingin menggunaka­n khidmatnya lebih lama atau kekal dengan taktikal tempoh hari menjelang aksi timbal balik di Stadium Nasional Rajamangal­a, Bangkok.

“Ia keputusan mutlak ketua jurulatih. Terserah kepada beliau (Cheng Hoe) untuk kekalkan atau ubah taktikal di sana. Apa yang penting adalah kejayaan pasukan,” tambah beliau.

Dalam pada itu, beliau optimis Malaysia mampu melakar kemenangan sekali gus mara ke final sekiranya corak permainan

“Secara jujur, saya tak puas bermain kerana tempoh permainan yang diberikan itu saya tidak boleh lakukan apa-apa. Situasi perlawanan ketika itu juga agak laju dan ia menambahka­n kesukaran ” kepada saya untuk menyesuaik­an diri.

MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI Penyerang negara

sama dikekalkan pada pertembung­an, Rabu ini.

Namun,perkaraseb­aliknya boleh terjadi jika pemain negara gagal menyerap tekanan daripada sokongan padu penyokong Thailand kepada pasukan mereka, katanya.

“Suasana di sana pasti lebih sengit kerana penyokong Thailand lebih fanatik dari Malaysia...tetapi kalau kita kekalkan permainan di sini dan bawa ke Bangkok, kita mungkin dapat keputusan positif,” katanya. Bernama

 ??  ??
 ??  ?? SHAHREL Fikri Fauzi ketika beraksi menentang Myanmar.
SHAHREL Fikri Fauzi ketika beraksi menentang Myanmar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia