Utusan Borneo (Sabah)

Roma, Inter seri 2-2, Milan naik ke tangga ke-4 Serie A

-

MILAN, Itali: AS Roma bangkit untuk mengikat kedudukan 2-2, sekali gus menafikan Inter Milan peluang naik ke tangga kedua Serie A Itali pada perlawanan menarik di Stadio Olimpico di antara dua pasukan yang mahu cuba bangkit selepas tewas dalam perlawanan di Eropah pada pertengaha­n minggu.

Keita Balde Diao meletakkan Inter di hadapan 1-0 pada separuh masa pertama di mana Roma berang kerana tidak diberikan satu tendangan penalti tetapi Roma berjaya mengikat kedudukan menerusi gol Cendiz Under selepas rehat.

Aleksandar Kolarov menyempurn­akan tendangan penalti untuk mengesahka­n satu mata untuk Roma mengikat kedudukan selepas Mauro Icardi meletakkan Inter kembali di hadapan.

Inter – yang tewas kepada Tottenham Hotspur dalam Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu, kekal di tangga ketiga, berkongsi 29 mata dengan Napoli, yang bermain lewat menentang Atalanta.

Pendahulu liga, Juventus, menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan 11 mata berbanding Napoli selepas menewaskan Fiorentina 3-0 pada perlawanan hari Sabtu.

“Ia adalah perlawanan yang sangat menarik untuk ditonton dan saya fikir ia satu mata berharga untuk kedua-dua pasukan,” kata jurulatih Inter, Luciano Spalletti.

“Ia menunjukka­n kami berada di landasan yang betul.”

Roma – yang melangkah ke pusingan kedua Liga Juara-Juara walaupun tewas kepada Real Madrid, hanya menang sekali dari enam perlawanan liga terakhir dan tercicir ke tangga ketujuh.

Skuad kendalian Eusebio Di Francesco itu berang kerana tidak diberikan satu tendanganp­enaltisele­pas Danilo D’Ambrosio menjatuhka­n Nicolo Zaniolo sebelum Keita membuka jaringan pada minit ke-37.

D’Ambrosio kemudian mengumpan bola kepada Keita untuk melakukan rembatan dari jarak dekat.

“Ia memalukan,” kata bintang legenda Roma, Francesco Totti.

“Saya mahu tahu dan kita semua mahu tahu bagaimana pihak VAR (video bantuan pengadil) tidak melihat insiden ini. Kita semua melihatnya dari skrin TV.”

Under mengikat kedudukan buat Roma enam minit selepas rehat dengan satu rembatan jarak jauh yang mengejutka­n penjaga gol Samir Handanovic.

Icardi menanduk satu tendangan sudut minit ke-66 untuk meletakkan Inter kembali di hadapan sebelum Kolarov menyempurn­akan penalti pada minit ke-73.

Inter kini memiliki kelebihan empat mata di hadapan kelab jiran, AC Milan, yang naik ke tangga keempat selepas menewaskan pendatang baharu liga, Parma, 2-1.

Lazio tercicir ke tangga kelima, satu mata di belakang selepas diikat 1-1 di Chievo. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? KOLAROV (kiri) di asak hebat oleh pemain Inter, Matteo Politano ketika bersaing pada perlawanan di Stadio Olimpico, Rom Ahad lepas.
— Gambar Reuters KOLAROV (kiri) di asak hebat oleh pemain Inter, Matteo Politano ketika bersaing pada perlawanan di Stadio Olimpico, Rom Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia