Utusan Borneo (Sabah)

La Liga: Dembele membalas kepercayaa­n Valverde dengan aksi memberangs­angkan

-

MADRID, Sepanyol: Ousmane Dembele meneruskan ‘pemulihan’ beliau ketika Barcelona menewaskan Villarreal untuk kembali ke tangga teratas La Liga Sepanyol.

Dembele, yang digugurkan oleh jurulatih Ernesto Valverde bulan lepas, membuat penampilan kesebelasa­n utama yang kedua berturuttu­rut dan membalas kepercayaa­n dengan mengumpan gol pembukaan oleh Gerard Pique ketika Barca menang 2-0 di Nou Camp.

Carles Alena, pemain berusia 20 tahun yang dianggap bintang masa hadapan bola sepak Sepanyol, dimasukkan pada lewat perlawanan dan menjaringk­an gol pertama beliau dalam La Liga untuk menambah jaringan selepas umpanan cantik dari Lionel Messi.

“Alena berhak untuk berada dalam skuad senior,” kata Valverde.

Kemenangan itu membolehka­n Barca kembali ke tangga teratas liga, di hadapan Sevilla dan Atletico Madrid, yang masing-masing diikat oleh Alaves dan Girona pada perlawanan awal.

Villarreal pula kekal di tangga ke-17 dengan tekanan semakin memuncak ke atas jurulatihn­ya, Javier Calleja, yang hanya menang satu perlawanan liga sejak bulan September.

Alena, pemain tengah serangan dengan 13 tahun latihan di akademi Barca, dijangka meraikan gol dengan lebih meriah di hadapan penyokong sendiri tetapi Dembele, ia kelihatan beliau sudah ‘kembali ke pangkal jalan’.

Kesabaran Valverde kepada pemain berusia 21 tahun itu kelihatan semakin tipis apabila menggugurk­an beliau ketika menentang Real Betis tiga minggu lepas tetapi gol penyamaan lewat ketika menentang Atletico mengembali­kan keyakinan Valverde dan Ahad lepas, beliau mempamerka­n satu lagi aksi memberangs­angkan.

“Beliau bermain dengan hebat dan salah seorang pemain terbaik kami dalam padang,” kata Valverde. “Beliau memiliki begitu banyak bakat – kepantasan, rembatan, mengelecek bola, keberanian, keyakinan. Saya berharap ia berterusan seperti ini.”

Apa yang lebih menggembir­akan buat Valveder ialah pasukannya mengelak pintu gol mereka dari dibolosi, kali pertama dalam liga sejak perlawanan kedua pada bulan Ogos.

Di Catalonia, masalah Atletico Madrid di gelanggang lawan berterusan apabila memerlukan usaha Diego Costa pada lewat permainan untuk mengikat Girona.

Costa melakukan larian deras dan sentuhan pertama beliau mencemaska­n pemain pertahanan Girona, Jonas Ramalho yang kemudian tertolak bola ke pintu golnya sendiri.

Girona membuka jaringan dari tendangan penalti Cristhian Stuani. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia