Utusan Borneo (Sabah)

UEFA tubuh Liga Europa 2, bermula pada musim 2021/2021

-

DUBLIN, Republik Ireland: Badan induk bola sepak Eropah (UEFA), mengesahka­n Ahad lepas penubuhan kejohanan peringkat kelab yang ketiga di Eropah bermula pada musim 2021/2021, yang direka untuk menawarkan lebih banyak peluang kepada kelab dan persatuan untuk bermain dalam pertanding­an di Eropah.

Selepas kelulusan dari Jawatankua­sa Eksekutif UEFA di Dublin, Liga Europa akan dikurangka­n dari 48 pasukan di pusingan pertama, supaya semua tiga kejohanan di Eropah akan memaparkan 32 pasukan dalam lapan kumpulan yang terdiri dari empat pasukan.

Pasukan di tempat ketujuh dari empat liga utama di Eropah akan layak untuk menyertai kejohanan baharu ini dan mereka akan disertai oleh beberapa kelab dari persatuan bola sepak yang lebih kecil.

Ketika struktur kepada pertanding­an elit di Eropah – Liga Juara-Juara – tidak diubah, pemenang Liga Europa akan layak secara automatik ke pusingan kedua pertanding­an.

Pasukan yang menamatkan saingan di tempat kedua di pusingan kumpulan Liga Europa dan pasukan ketiga dari lapan kumpulan pusingan pertama Liga Juara-Juara, akan bermain perlawanan playoff untuk menyertai lapan juara kumpulan ke pusingan kedua.

Proses itu diulangi dalam Liga Europa 2 dengan lapan pasukan di tempat kedua di pusingan pertama akan bertemu lapan pasukan di tempat ketiga Liga Europa untuk satu tempat ke pusingan kedua.

“Akan ada lebih banyak perlawanan untuk kelab, dengan lebih banyak persatuan diwakili di pusingan pertama,” kata Presiden UEFA, Aleksander Ceferin.

“Pertanding­an ini dihasilkan dari dialog berterusan dengan kelab-kelab menerusi Persatuan Kelab Eropah.

“Ada banyak tuntutan dari semua kelab untuk meningkatk­an peluang menyertai pertanding­an di Eropah dengan lebih kerap.”

UEFA berada dalam tekanan untuk merombak pertanding­an peringkat kelab dengan ancaman penubuhan liga berasingan oleh kelab-kelab besar di England, Sepanyol, Jerman, Itali dan Perancis.

Bagaimanap­un, pertanding­an baharu direka untuk menggembir­akan kelab-kelab bawahan dengan jaminan di mana kelab-kelab di England, Sepanyol, Jerman dan Itali mempunyai 16 dari 32 slot yang ada dalam Liga JuaraJuara.

Perlawanan dalam Liga Europa 2 akan berlangsun­g seperti hari perlawanan Liga Europa – Khamis untuk memastikan jadual pertanding­an elit Liga Juara-Juara kekal pada hari Selasa dan Rabu.

Semua final tiga kejohanan di Eropah ini akan berlangsun­g pada minggu yang sama dengan Liga Europa 2 berlangsun­g pada hari Rabu, Liga Europa pada hari Khamis dan Liga Juara-Juara pada hari Sabtu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia