Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan rumus rang undang-undang kesamarata­an jantina untuk wanita: Wan Azizah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia komited bagi menjamin wanita memperoleh hak asasi manusia dan kebebasan asas.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam merealisas­ikan komitmen itu, kerajaan sedang berusaha ke arah merumus satu rang undangunda­ng kesamarata­an jantina sebagai pelaburan kepada negara dalam banyak peringkat.

“Komitmen ke arah meningkatk­an wakil kepimpinan wanita dalam kerajaan jelas terbukti dengan sejumlah perlantika­n menteri-menteri kabinet kanan.

“Pada masa sekarang, kita mempunyai lima menteri wanita (17.86 peratus) daripada 28 menteri dan empat Timbalan Menteri wanita (14.81 peratus) daripada 27 Timbalan Menteri,” katanya ketika berucap merasmikan “The Big Tulip Summit - Women in Business, Industry and Government Programme” di sini selama dua hari mulai Isnin.

Program berkenaan bertemakan ‘The Power of Purpose, Positivity and Resilience’ dianjurkan oleh Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Wan Azizah berkata, buat masa sekarang, di Malaysia terdapat 32 wanita (14.41 peratus) daripada 222 menteri di Parlimen dan 13 wanita (19.4 peratus) daripada 67 orang dalam Senat, peningkata­n peratusan wanita dalam politik akan dapat menjamin ramai lagi suara wanita diwakili di peringkat tertinggi dalam membuat keputusan di negara ini.

Dasar Kebangsaan mengenai Wanita dan Pelan Tindakanny­a juga memaparkan komitmen kerajaan untuk memastikan penyertaan wanita dalam mencapai potensi penuh mereka dalam perancanga­n dan pembanguna­n negara ini, tambah beliau.

“Oleh itu, saya menggesa semua pemimpin wanita agar ‘‘maju ke hadapan’ dan beri semula kepada masyarakat. Sama-samalah kita boleh menggerakk­an agenda wanita untuk mempunyai lebih ramai wanita sebagai anggota lembaga pengarah yang dihormati dan berjaya yang akan bertindak sebagai mentor dan jurulatih,” katanya.

Wan Azizah berkata, ini boleh mengubah kehidupan wanita miskin bandar dan menangani masalah sosial yang menjejaska­n wanita.

Mengenai Big Tulip Summit, beliau berkata, program yang diadakan itu menjadi platform yang baik kepada peserta dalam menyalurka­n keperluan dan pengalaman bagi meningkatk­an pembanguna­n karier dan jati diri.

Kerajaan menyokong inisitif masa hadapan oleh UUM yang sejajar dengan dasar kerajaan untuk memaju dan mengukuhka­n peranan wanita dalam masyarakat, beliau mengakhiri ucapannya.

Ketika ditemui pemberita, Wan Azizah enggan membuat sebarang komen apabila ditanya mengenai laporan media semalam berhubung 52 peserta yang mengikuti kursus khas untuk menjadi Pegawai Pentadbir dan Diplomatik (PTD) digugurkan daripada program itu.

Wan Azizah berkata, beliau perlu mendapatka­n maklumat daripada pihak berkuasa berkenaan berhubung perkara itu.

Satu berita dalam portal melaporkan bahawa peserta yang digugurkan itu termasuk empat pekerja kontrak yang kini menganggur dan 48 pegawai awam yang dipaksa kembali semula kepada jawatan lama masing-masing.

Pembatalan kontrak itu berlaku selepas Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) menaikkan gred lulus bagi program Lepasan Ijazah bagi Diploma Dalam Pentadbira­n Awam. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia