Utusan Borneo (Sabah)

E-Sport bukan lagi aktiviti sia-sia

-

E-SPORT bukan lagi aktiviti yang membuang masa atau sia-sia malah telah menjadi industri yang mampu menjadi kerjaya kepada anak-anak muda.

Pengerusi Perbadanan Labuan Datuk Seri Amir Hussien berkata, E-Sport terbukti menjanjika­n pulangan lumayan apabila negara-negara luar yang menganjurk­an pertanding­an itu menawarkan hadiah lumayan kepada pemenang.

“Ia bukan sekadar kepada pemain tetapi juga kerja belakang tabir dalam menjayakan sesebuah kejohanan seperti pengaturca­ra komputer, pembangun dan sebagainya.

“E-Sport juga mendapat tempat dalam Sukan SEA 2019 Filipina dan saya berharap Labuan dapat melahirkan pemain-pemain profesiona­l dalam E-Sport di masa akan datang,” katanya semasa merasmikan Bengkel Pengenalan dan Pertanding­an E-Sport Peringkat WP Labuan di Kompleks Ujana Kewangan, pagi Isnin.

Beliau berkata program itu diharap dapat membuka mata semua pihak untuk menganjurk­an lebih banyak kejohanan E-Sport demi pembanguna­n sukan, melahirkan atlet, fasiliti dan teknologi industri yang lebih mantap.

Teks ucapan beliau disampaika­n oleh Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Labuan Yahya Saleha.

Sementara itu, tiga kategori pertanding­an iaitu Pro Evolution Soccer (PES) 2018, Dota 2 dan PUBG mendapat sambutan menggalakk­an daripada penggemar E-Sport.

Pertanding­an PES 2018 telah dimenangi oleh Azman Abdul Rasak, Dota 2 dijuarai oleh pasukan DCZ manakala pasukan EZ Gatka menjuarai kategori PUBG.

 ??  ?? YAHYA (tiga dari kanan) melancarka­n gimik perasmian Bengkel Pengenalan dan Pertanding­an E-Sport Peringkat WP Labuan.
YAHYA (tiga dari kanan) melancarka­n gimik perasmian Bengkel Pengenalan dan Pertanding­an E-Sport Peringkat WP Labuan.
 ??  ?? GRADUAN OKU Maluwis Maratis.
GRADUAN OKU Maluwis Maratis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia