Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama tonggak kejayaan

Frechelyna Roland Tokoh Murid 2018 SK Holy Cross, Beluran

- Oleh SALMAN ABADI

BELURAN: Kerjasama padu dan permuafaka­tan yang baik antara pihak sekolah dan ibu bapa amat penting kerana ibu bapa merupakan tulang belakang dan tonggak kejayaan murid serta kemajuan sesebuah sekolah.

Penolong Pegawai Pendidikan (PPD) Beluran Laires Caroline Ano berkata kejayaan atau kecemerlan­gan murid dan kemajuan sekolah pada keseluruha­nnya dipengaruh­i oleh tiga faktor utama iaitu peranan guru serta persekitar­an sekolah, komitmen ibu bapa dan juga peranan murid itu sendiri.

Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Beluran Haji Soje Haji Abd Hassan pada Majlis Graduasi Tahun Enam dan Anugerah Cemerlang 2108, Sekolah Kebangsaan (SK) Holy Cross, di Dewan Serbaguna Kampung Kuala Sapi, 40 kilometer dari sini.

Katanya, kejayaan atau kecemerlan­gan murid bukan sesuatu yang berlaku secara semula jadi, sebaliknya memerlukan usaha gigih, kesungguha­n dan pengorbana­n semua pihak.

Bagi pihak PPD Beluran katanya, berharap agar sekolah berkenaan (SK Holy Cross) akan terus mempertaha­n dan meningkatk­an lagi kedudukann­ya sebagai salah satu sekolah yang berwatak dan mempunyai reputasi yang baik dalam daerah Beluran, sama ada dalam bidang akademik (kurikulum) atau kokurikulu­m dan sukan.

“Tahniah kepada pihak sekolah kerana telah mencapai beberapa kejayaan dalam bidang kokurikulu­m dan sukan pada tahun ini kerana meraih kemenangan (juara) dalam kejohanan bola baling lelaki dan perempuan peringkat daerah Beluran 2018,” katanya.

Selain itu, murid SK Holy Cross juga sering menghantar pemainatau­pesertakep­eringkat negeri bukan sahaja dalam sukan permainan tetapi juga dalam acara sukan merentas desa.

“Begitu juga dengan penglibata­n sekolah dalam program Sekolah Rakan Alam Sekitar (Serasi) di bawah program pendidikan alam sekitar oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah yang mana SK Holy Cross berjaya melayakkan diri pada kedudukan 10 sekolah terbaik di peringkat negeri Sabah,” ujarnya.

Laires yang juga ketua Unit Jaminan Kualiti (UJQ) PPD Beluran turut memuji inisiatif dan komitmen pihak sekolah yang berjaya merealisas­ikan penganjura­n kali pertama Majlis Graduasi Tahun Enam dan Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun ini.

“Persiapan mengadakan majlis seumpama ini bukanlah satu kerja yang mudah kerana pihak sekolah perlu menyediaka­n banyak perkara untuk memastikan majlis berjalan lancar seperti yang diharapkan,” katanya.

Beliau berharap pihak sekolah terus berusaha mencapai kecemerlan­gan yang menyeluruh dan seimbang dalam semua bidang demi ‘kemenjadia­n murid’ selaras dengan hasrat Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Sementara itu, Guru Besar SK Holy Cross Cecilia Lawrence berkata seramai 19 murid Tahun Enam diraikan dan menerima sijil Graduasi Tahun Enam sempena majlis itu.

Katanya, majlis itu antara lain bertujuan menghargai kesungguha­n dan kejayaan murid, di samping menjadi suntikan motivasi agar mereka mampu mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

Dalam masa yang sama, katanya, majlis itu dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dan kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa atau penjaga murid serta para pemimpin masyarakat setempat.

Katanya, kejayaan anakanak pada hari ini bukanlah hanya terletak di atas bahu pihak sekolah semata-mata,

“Tahniah kepada pihak sekolah kerana telah mencapai beberapa kejayaan dalam bidang kokurikulu­m dan sukan pada tahun ini kerana meraih kemenangan (juara) dalam kejohanan bola baling lelaki dan perempuan peringkat daerah Beluran 2018.

LAIRES CAROLINE ANO Penolong Pegawai Pendidikan (PPD) Beluran

sebaliknya pihak ibu bapa dan penjaga amat memainkan peranan penting sebagai menyumbang utama ke arah kejayaan dan kecemerlan­gan anak-anak.

Menurut Cecilia, setiap murid haruslah berusaha mencapai kecemerlan­gan, bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kokurikulu­m, sahsiah dan sebagainya.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n tidak terhingga kepada semua guru atau

tenaga pengajar dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) atau staf sokongan di sekolah itu yang sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dan terbaik dalam usaha mencipta kecemerlan­gan sekolah dalam pelbagai bidang.

Pada majlis itu, pelbagai kategori anugerah disampaika­n kepadamuri­d-muridcemer­lang termasukla­h akademik terbaik mengikut kelas, kehadiran terbaik sepanjang tahun, murid contoh Tahap Satu dan Tahap Dua dan juga anugerah Tokoh Murid 2018 yang dinobatkan kepada Frechelyna Roland.

Acara kemuncak majlis itu penyampaia­n Sijil Graduasi Tahun Enam 2018 kepada 19 murid yang bakal melangkah ke sekolah menengah tahun depan (2019).

Majlis itu turut diserikan dengan persembaha­n nyanyian oleh Clyde Gideon Clarance, persembaha­n koir dan tarian kebudayaan oleh murid-murid dan bekas murid SK Holy Cross serta persembaha­n khas oleh para ibu bapa.

 ??  ?? LAIREN (enam kanan) dan Cecilia bergambar kenangan bersama 19 murid Tahun Enam yang diraikan sempena majlis graduasi itu.
LAIREN (enam kanan) dan Cecilia bergambar kenangan bersama 19 murid Tahun Enam yang diraikan sempena majlis graduasi itu.
 ??  ?? FRECHELYNA Roland, Tokoh Murid 2018.
FRECHELYNA Roland, Tokoh Murid 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia