Utusan Borneo (Sabah)

160 sertai 5th Internatio­nal Endoscopy Workshop

-

KOTA KINABALU: Lebih 160 orang terdiri kalangan pakar perubatan, pegawai serta jururawat perubatan dari dalam dan luar negara menyertai 5th Internatio­nal Endoscopy Workshop anjuran Jabatan Perubatan Am Hospital Queen Elizabeth (HQE) bertempat di Dewan Auditorium HQE, pagi Jumaat.

Bengkel yang berlangsun­g selama dua hari itu antara lain memberi pendedahan kepada para peserta bengkel berhubung perawatan endoskopi melibatkan beberapa teknik perawatan tertentu dan terkini.

Pengarah Jabatan kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Christina Rundi hadir merasmikan bengkel yang turut dihadiri bersama pakarpakar perubatan dari fakulti luar negara.

Perawatan endoskopi merupakan kaedah serta prosedur perubatan dengan melihat ke dalam rongga badan untuk tujuan perubatan dengan menggunaka­n peralatan yang dikenali endoskop. Kaedah itu membolehka­n doktor melihat ke bahagian tertentu di dalam badan melalui kamera bagi mengenalpa­sti masalah serta perawatan mengikut jenis penyakit.

Kursus yang bertemakan ‘Kembali kepada asas’ itu turut memberi pendedahan kepada peserta berhubung kaedah terkini perawatan endoskopi merangkumi peralatan terbaharu tanpa mengetepik­an asasasas penting perubatan dalam bidang perawatan berkenaan.

Beberapa penceramah melibatkan pakar perubatan dari dalam negeri dan luar negara dijemput membentang­kan kertas kerja masing-masing

Antara penceramah dijemput termasukla­h Prof Dr Rajvinder Singh dari Universiti Adelaide, Australia; Datuk Dr Jayaram Menon, mantan ketua Jabatan Perubatan Am HQE; serta Dr Nazri Mustaffa dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah HQE Dr William Gotulis, Pengerusi Penganjur bengkel yang juga Ketua Unit Gastroente­rologi HQE Datuk Dr Raman Muthukarup­pan Chettiar serta pegawaipeg­awai kanan hospital.

 ??  ?? DR Christina menerima cendera kenangan disampaika­n Dr Raman sejurus merasmikan bengkel itu, diperhatik­an oleh Dr William (dua dari kiri) serta pakar-pakar perubatan.
DR Christina menerima cendera kenangan disampaika­n Dr Raman sejurus merasmikan bengkel itu, diperhatik­an oleh Dr William (dua dari kiri) serta pakar-pakar perubatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia