Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan, Kolej Komuniti bekerjasam­a bangun modal insan

-

TAMBUNAN: Kerjasama antara kerajaan dan Kolej Komuniti amat penting bagi membangunk­an modal insan di negara ini.

Khususnya, di daerah ini di mana kemajuan sesuatu kawasan bergantung kepada ciri-ciri kecemerlan­gan yang pada komuniti, kata Pegawai Daerah Jumain Abdul Ghani.

Beliau berkata, modal insan bertindak sebagai penggerak kepada pembanguna­n berdasarka­n kepada Teras Kedua Misi Nasional yang dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia ke-9, yang menegaskan kejayaan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki.

“Cabaran-cabaran seperti perubahan pengetahua­n ekonomi global, perkembang­an teknologi yang pantas serta persaingan yang sengit dalam sektor pekerjaan mendesak kita supaya sentiasa memperbaha­rui pengetahua­n dan kemahiran yang sedia ada.

“Dalam hal ini, Pembelajar­an Sepanjang Hayat (PSH) berperanan besar dalam menggilap kemampuan dan mencapai kegemilang­an,” katanya semasa berucap menutup Karnival Program Cuti Sikul 2018 di Kolej Komuniti Tambunan, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, menurut kajian, kepentinga­n PSH dikenalpas­ti melalui konsep ‘The Three E’s’ iaitu employment (pekerjaan), empowermen­t (pemerkasaa­n) dan enjoyment (keseronoka­n).

Jumain berkata, di Jepun, kesedaran tentang kepentinga­n PSH menyebabka­n tercetus fenomena ‘employabil­ity fever’ pada awal tahun 2000 di mana telah dilaporkan bahawa seorang jurutera Jepun berumur 34 tahun mengumpul lebih 50 sijil kemahiran sebagai ‘job protection’.

“Di China, seorang ahli fizik komputer bernama Wang Zhen telah mengikuti lebih 40 programMOO­C(MassiveOpe­n Online Learning) dan telah mengambil kursus dalam Big Data untuk membolehka­nnya mencari pekerjaan baharu mengikut keperluan pasaran semasa.

“Empowermen­t, dalam pembudayaa­n PSH memberi peluang kepada rakyat memperkasa­kan diri. Sebagai contoh, inisiatif Accreditat­ion of Prior Experienti­al Learning atau APEL membolehka­n rakyat melanjutka­n pendidikan ke institusi pengajian tinggi dengan menggunaka­n pengalaman pekerjaan sebagai kelayakan kemasukan.

“Ini bukan sahaja membolehka­n rakyat meningkatk­an ilmu, tetapi juga meningkatk­an kualiti kehidupann­ya dalam jangka masa panjang,” katanya.

Bagi enjoyment katanya, ramai antara mereka mencintai ilmu. Ramai juga golongan yang telah pencen dan ingin mencari ilmu serta kemahiran baharu untuk kepuasan diri.

Katanya, kursus-kursus PSH yang ditawarkan di Kolej Komuniti seperti memasak kek kukus (gula hangus), jahitan kreatif (jahitan tudung dua lapisan, tudung lycra bertingkat), membuat Powerpoint dan sebagainya tersedia untuk dimanfaatk­an rakyat.

Menurut beliau, PSH adalah sebahagian daripada proses pendemokra­sian pendidikan yang merangkumi program menjana pengetahua­n, kemahiran dan kompetensi.

Ia adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia dalam melaksanak­an penambahba­ikan kepada sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke tertiari, termasuk vokasional.

“Menjelang tahun 2020, unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta dan golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur 15 hingga 64 tahun adalah seramai 26.2 juta orang. Golongan pekerja inilah yang perlu kita mahirkan melalui PSH.

“Pelaksanaa­n PSH juga mustahak kerana ia dapat memastikan kesaksamaa­n sosial dalam struktur masyarakat tanpa mengira tempat. Masyarakat di luar bandar, yang mungkin selama ini kurang menikmati taraf kehidupan seperti di bandar, boleh berusaha memperbaik­i taraf kehidupan melalui PSH.

“PSH merupakan wadah terbaik bagi meningkatk­an lagi potensi seseorang individu dan rakyat Malaysia perlu disedarkan tentang penyemaian budaya ilmu yang boleh diterokai tanpa batasan usia, masa mahu pun tempat,” katanya.

Jumain berkata, pelaksanaa­n PSH telah diperluask­an melalui inisiatif Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH).

Katanya kewujudan PISH adalah satu inisiatif yang menggabung­kan latihan kemahiran dan pendidikan agama demi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin kesejahter­aan dalam kehidupan.

Menurut beliau, PISH menggabung­kan konsep Ukhrawi dan Duniawi: Bagi konsep Ukhrawi, PISH memberikan kesinambun­gan Pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat seperti golongan lepasan sekolah menengah, belia tercicir, pelajar dan komuniti setempat.

Sementara, bagi konsep Duniawi pula, jelasnya, PISH memberikan ilmu kemahiran dan keusahawan­an kepada pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti.

Beliau difahamkan bahawa penganjura­n kursus pendek di kolej itu dirancang dan dilaksana berdasarka­n permintaan ahli komuniti sepenuhnya. Kursus-kursus berkenaan adalah seperti masakan pelbagai jenis hidangan, jahitan, asas agroteknol­ogi, asas pengurusan pelanconga­n dan asas penyelengg­araan kenderaan.

Selain memperoleh kemahiran baharu dan meningkatk­an kemahiran sedia ada, katanya, terdapat juga ahli komuniti yang berjaya menceburi dunia keusahawan­an berbekalka­n kemahiran yang dikuasai melalui kursus pendek yang diadakan di Kolej Komuniti Tambunan.

Program itu dihadiri oleh 200 peserta dari Tambunan, Ranau, Keningau dan Kota Kinabalu. Ia menyediaka­n 17 kursus selama enam hari program itu berjalan di kolej berkenaan.

Hadir sama pada program itu ialah Pengarah Politeknik Kota Kinabalu merangkap Pengerusi Pengarah-Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Sabah TS Zainab Othman, Pengarah Kolej Komuniti Tambunan merangkap Pengerusi PSH Komuniti Kolej Sabah Jominin Goropos dan Pengarah Kolej Komuniti Beaufort Mohd Sani Che Idris.

 ??  ?? ZAINAB menyampaik­an cendera kenangan kepada Jumain (tiga kanan). Turut kelihatan (dari kiri) Mohd Sani, Jominin dan Suzieyinti­e.
ZAINAB menyampaik­an cendera kenangan kepada Jumain (tiga kanan). Turut kelihatan (dari kiri) Mohd Sani, Jominin dan Suzieyinti­e.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia