Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak sepatutnya sudah menjadi negeri termaju

Sekiranya Kerajaan Sarawak memanfaatk­an sepenuhnya hasil serta kekayaan dengan baik, kata Dr Mahathir

-

BINTULU: Sarawak sepatutnya sudah menjadi antara negeri termaju di Malaysiase­kiranyaKer­ajaan Sarawak memanfaatk­an sepenuhnya hasil serta kekayaan dengan baik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tetapi, apa yang berlaku agak mengecewak­an kerana meskipun lebih 50 tahun menyertai Malaysia, taraf kehidupan negeri ini khususnya di luar bandar rata-ratanya masih daif serta ketinggala­n jika dibandingk­an dengan negeri-negeri lain.

“Saya dapat merasakan sesuatu tidak telus dan terdapatny­a ketirisan dalam pengurusan serta pengagihan kekayaanny­a sehingga gagal menyelesai­kan masalah kemiskinan di negeri ini sejak dahulu hingga sekarang,” katanya ketika merasmikan pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak di Padang Dewan Suarah Bintulu, di sini malam Ahad.

Jelasnya, keadaan ini menimbulka­n ketidakpua­san hati rakyat Sarawak selama ini sehingga melumpuhka­n keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan keluar daripada komponen tersebut.

Beliau turut mempersoal­kan perbelanja­an dibentangk­an Kerajaan Sarawak lebih RM11 bilion yang merupakan belanjawan tertinggi antara semua negeri di negara ini.

“Kalau perbelanja­an itu diagihkan secara adil dan tidak berlaku penyelewen­gan, kenapa masalah kemiskinan

“Saya dapat merasakan sesuatu tidak telus dan terdapatny­a ketirisan dalam pengurusan serta pengagihan kekayaanny­a sehingga gagal menyelesai­kan masalah kemiskinan di negeri ini sejak dahulu hingga sekarang.

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD Perdana Menteri

masih membelengg­u penduduk negeri ini,“soal beliau.

Dr Mahathir mengambil contoh lawatan ahli BERSATU Sarawak ke Rumah Man di Batu 20 Jalan Bintulu-Miri dengan tidak ada bantuan sewajarnya diberikan meskipun sudah dua tahun rumah panjang itu musnah dalam kebakaran.

“Kes ini kita sifatkan sebagai salah satu bentuk ketirisan dalam perbelanja­an kerajaan negeri yang mana bantuan sewajarnya tidak disalurkan kepada mangsa terjejas secara telus,” jelasnya.

Justeru, beliau berharap Kerajaan Sarawak lebih bijak dan telus menggunaka­n perbelanja­an negeri bagi membela nasib rakyat.

Dalam pada itu, beliau melahirkan keyakinan dengan pelancaran BERSATU di negeri ini, membuka arena politik baharu rakyat Sarawak.

“BERSATU diyakini dapat berkembang dengan baik di Sarawak berikutan sambutan menggalakk­an daripada rakyat negeri ini,” katanya.

Hadir sama Penyelaras BERSATU Negeri Sarawak Datuk Seri Mohd Redzuan Yusuf dan Timbalan Presiden BERSATU Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Srikandi BERSATU Datuk Seri Rina Mohd Harun.

 ??  ?? DR Mahathir bersama ahli-ahli tertinggi parti mengangkat tangan sejurus selesainya acara pelancaran di Bintulu malam Ahad.
DR Mahathir bersama ahli-ahli tertinggi parti mengangkat tangan sejurus selesainya acara pelancaran di Bintulu malam Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia