Utusan Borneo (Sabah)

Semua projek di Sarawak diteruskan

-

BINTULU: Sarawak terus mendapat nikmat pembanguna­n daripada kerajaan pusat meskipun berbeza ideologi politik, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, kerajaan pusat akan meneruskan semua projek pembanguna­n yang telah dan bakal dilaksanak­an kerana ia merupakan tanggungja­wab yang harus digalas.

“Perbezaan ideologi politik tidak bermakna kerajaan pusat mengabaika­n Sarawak, sebaliknya terus melaksanak­an tanggungja­wab bagi membangunk­an negeri ini,” katanya pada sidang media sebelum berangkat pulang ke ibu negara pagi Sabtu.

Pada masa sama, beliau berharap hubungan baik kerajaan negeri dan pusat terus kekal terpelihar­a bagi memastikan pelbagai projek pembanguna­n dapat dilaksana dengan lancar.

Mengenai hasrat kerajaan negeri ingin meminjamka­n sejumlah RM1 bilion kepada kerajaan pusat bagi memperbaik­i sekolahsek­olah daif di negeri ini, Dr Mahathir berkata ia tanggungja­wab kerajaan negeri mengatasi masalah itu kerana Sarawak mempunyai dana yang cukup banyak. “Peruntukan dibentangk­an dalam Belanjawan Sarawan adalah jumlah tertinggi jika dibandingk­an dengan negeri-negeri lain iaitu lebih RM11 bilion, jadi manfaatkan­nya bagi memperbaik­i prasarana serta projek pembanguna­n lain,” tambahnya.

Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Bintulu petang kelmarin (Sabtu) bagi melancarka­n Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sarawak di Dewan Suarah Bintulu malam Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia