Utusan Borneo (Sabah)

Penubuhan BERSATU tidak akan mengancam kedudukan PBB

-

KUCHING: Penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Sarawak tidak akan mengancam kedudukan dan keutuhan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di negeri ini.

Sebaliknya menurut Timbalan Ketua Pemuda PBB Fazzrudin Abdul Rahman, penubuhan BERSATU di Sarawak dilihat sebagai ancaman kepada parti komponen Pakatan Harapan (PH) Sarawak sendiri.

“Saya tidak melihat kehadiran Bersatu di Sarawak sebagai ancaman kepada PBB tetapi ancaman kepada PH Sarawak sendiri terutama dari segi agihan kerusi di kawasan peribumi yang akan ditandingi mereka.

“Sanggupkah komponen PH Sarawak terutama Parti Tindakan Demokratik (DAP) melepaskan kerusi peribumi mereka kepada Bersatu?” soal Fazzrudin.

Beliau berkata demikian ketikadihu­bungipadaS­abtubagi mengulas mengenai kenyataan Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berhubung perkara berkenaan.

Chong yang juga pengerusi DAP Sarawak dalam kenyataann­ya pada Sabtu berkata, penubuhan dan pelancaran BERSATU di Sarawak akan memberi ancaman kepada PBB.

Mengulas mengenai pelancaran BERSATU oleh Pengerusin­ya Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Perdana Menteri, Fazzrudin berkata sebagai negara demokrasi, kita tidak boleh menghalang mana-mana parti melebarkan sayapnya ke Sarawak.

Bagaimanap­un tegas Fazzrudin, kepimpinan sedia ada Sarawak telah berjaya menghalang kemasukan parti berasaskan Semenanjun­g Malaysia ke negeri ini meskipun berada dalam gabungan yang sama ketika bersama Barisan Nasional (BN).

Antara sebabnya adalah kerana Sarawak kata beliau, mahu menentukan nasib dan masa depan rakyat serta negeri ini sendiri tanpa gangguan pihak luar.

“Sebelum ini dalam BN, kita terikat dengan keputusan dibuat oleh Putrajaya. Itulah yang kita perjuangka­n dan cuba elakkan sekarang.

“Rakyat Sarawak memahami keperluan bagi kita untuk mempunyai kuasa autonomi itu dan kita harus yakin bahawa rakyat Sarawak dapat mengurus sumber sendiri.

“GPS akan turun padang menjelaska­n pentingnya autonomi ini dan saya yakin bahawa rakyat Sarawak akan sentiasa menyokong parti berasaskan tempatan dan bukannya parti berasaskan Semenanjun­g Malaysia,” ujarnya.

 ??  ?? FAZZRUDIN
FAZZRUDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia