Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 130 penduduk Penan Long Itam dapat bekalan elektrik 24 jam

-

MIRI: Lebih 130 penduduk dari 36 pintu rumah panjang kaum Penan di Long Itam di Sungai Patah Abang kini menikmati bekalan elektrik 24 jam dengan siapnya projek tenaga solar di bawah Skim Elektrik Luar Bandar Sarawak (SARES).

Ketua Kampung Long Itam Ken Balan berkata, mereka bertuah kerana Long Itam merupakan antara penempatan Penan terawal menikmati kemudahan tenaga elektrik menggunaka­n solar.

“Penggunaan tenaga solar dapat mengurangk­an beban kewangan membeli minyak diesel untuk jana kuasa, itu pun bukan untuk 24 jam,” katanya semasa pelancaran projek solar SARES bernilai RM1.8 juta itu.

Ken berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak khasnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau dan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Beliau berkata, walaupun rumah panjang itu mempunyai jana kuasa namun beberapa pintu keluarga masih bergelap kerana tidak mampu membeli lampu.

“Namun, projek tenaga solar memberi kelegaan kerana tiada lagi keluarga yang bergelap,” katanya.

Terdahulu, Dennis dalam ucapannya berkata kerajaan negeri melalui SARES menyasarka­n 100 peratus mempunyai bekalan elektrik menjelang 2021.

“Setakat ini, 43 daripada 83 rumah panjang di konstituen­si Telang Usan sudah mempunyai bekalan elektrik, bermakna tinggal separuh belum mempunyai elektrik,” katanya.

Dennis menasihati penduduk rumah panjang menjaga projek solar itu dengan baik selain mengikuti arahan dan nasihat daripada pegawai SEB untuk mengelak kerosakan atau kemalangan.

Beliau turut mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) sejumlah RM5,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK), Gereja Long Itam (RM5,000) dan Biro Wanita Long Itam (RM2,000).

 ??  ?? DENNIS (berdiri, empat kiri) bersama penduduk Long Itam, Hulu Baram pada pelancaran projek tenaga solar SARES di rumah panjang berkenaan.
DENNIS (berdiri, empat kiri) bersama penduduk Long Itam, Hulu Baram pada pelancaran projek tenaga solar SARES di rumah panjang berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia