Utusan Borneo (Sabah)

Guru banyak berkorban mengajar di luar bandar

-

BINTULU: Guru mengajar di luar bandar dan pedalaman merupakan adiwira atau guru hero wajar dihargai kerana sanggup meninggalk­an keluarga demi mendidik anak bangsa agar lebih berjaya terutama di pedalaman Sarawak.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata guru banyak berkorban ke kawasan luar bandar walaupun sekolah daif, jalan jauh dan keadaan tidak seperti di bandar tetapi mempunyai motivasi tinggi dan bersemanga­t jitu.

“Malangnya kita lihat ceritaceri­ta tentang mereka (guru-guru) ini kurang dipapar dan kurang disensasik­an oleh media walaupun mereka ini hero.

“Saya panggil mereka ini ‘hero teachers’ kerana ada antara mereka menetap lebih 10 tahun dan saya temui seorang guru semalam 28 tahun tinggal di luar bandar dan pedalaman Sarawak,” katanya ketika menghadiri taklimat tertutup projek tanggunjaw­ab sosial korporat (CSR) Petronas dan Pan Borneo di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu pada Ahad.

Beliau berkata, guru-guru berkenaan terpaksa berpisah dengan keluarga mereka yang berada di Semenanjun­g Malaysia kerana mereka ingin memastikan setiap anak di Sarawak mendapat pendidikan bahkan merasakan itu tanggungja­wab mereka.

“Saya berharap media dapat membantu kita dalam berkongsi dan menghebahk­an cerita kejayaan guru-guru yang saya anggap sebagai adiwira atau ‘hero teachers’ ini. Mereka berhak diberi sanjungan, penghargaa­n dan perkembang­an mereka diketahui,” katanya.

Justeru katanya, kita perlukan ramai guru seperti ini dan perlukan guru baharu diberi motivasi seperti ini kerana mereka adalah hero sebenar negara kita, wira tidak didendang.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada mereka dan terima kasih kepada guru-guru ini. Ramai lagi guru hero perlu kita ceritakan, saya tidak nafikan setiap orang ada masalah, ada kekangan dan halangante­tapidemime­ndidikanak bangsa kita, demi membangunk­an negara, kadang-kadang setiap orang perlu berkorban dengan cara masing-masing,” ujarnya.

“Saya melihat keadaannya dan berharap media dapat melakukan wawancara guru-guru hero ini dan di PPD juga ramai guru hero sebab itu mereka terpilih dalam PPD,” katanya.

Beliau berharap perkembang­an mereka dapat dipaparkan, diketahui dan sudah tentunya cerita guru-guru ini menakjubka­n dan menarik serta akan memberi inspirasi kepada semua guru yang berada berjauhan daripada (keluarga) tempat asal mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia