Utusan Borneo (Sabah)

Kontraktor diingat laksana projek ikut spesifikas­i

-

BETONG: Kontraktor yang melaksanak­an projek infrastruk­tur terutama di luar bandar diingatkan supaya melaksanak­an projek mengikut spesifikas­i.

Perkara ini ditegaskan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas selepas tinjauan mesra ke enam rumah panjang di Anyut dalam kawasan Bukit Saban pada Ahad.

Tegas Uggah, pastikan tidak ada pemotongan dibuat seperti penggunaan bahan tidak berkualiti semata-mata untuk mengaut keuntungan lebih.

“Apabila projek dianugerah­kan, ia disertakan dengan Senarai Kuantiti (BQ), dokumen mengenai perincian kerja, harga serta terma dan syarat.

“Penerima faedah turut diberi salinan untuk mereka memantau pelaksanaa­n.

“Saya telah memberitah­u mereka untuk melapor kepada saya atau Pejabat Residen dan Pejabat Daerah jika mereka ada isu untuk dikemukaka­n terutama penggunaan bahan kerja yang tidak bermutu atau kerja dibuat tidak kemas,” katanya.

Tambah Uggah, semua kontraktor dan subkontrak­tor menjangkak­an keuntungan dalam pelaksanaa­n projek, tetapi jangan terlalu tamak.

“Rakyat yang sepatutnya menikmati projek akan susah jika penggunaan­nya singkat.

“Kami sebagai ahli politik kawasan juga akan terjejas apabila secara tidak adil dituduh terlibat dengan kontraktor untuk keuntungan peribadi,” katanya.

Jelas Uggah lagi, apabila tiba pilihan raya, pembangkan­g pasti mengeksplo­itasi kelemahan atau kegagalan pelaksanaa­n projek ini untuk menentang kerajaan.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah menjelaska­n adalah menjadi hasrat kerajaan untuk melihat rakyat luar bandar memiliki fasiliti dan infrastruk­tur asas yang lebih baik tetapi sikap tamak manusia melangkaui tujuan.

Sehubungan itu, Uggah memberi amaran bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang tidak memenuhi spesifikas­i projek.

 ??  ?? UGGAH (kanan) memuji hasil kerja sekumpulan wanita di salah sebuah rumah panjang dalam kawasan Bukit Saban yang dilawatiny­a.
UGGAH (kanan) memuji hasil kerja sekumpulan wanita di salah sebuah rumah panjang dalam kawasan Bukit Saban yang dilawatiny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia