Utusan Borneo (Sabah)

Subsidi RMR1M RM279.20 juta diguna untuk tujuan lain tanpa kelulusan

Bilangan RMR1M yang dibina sehingga 31 Dis 2017 juga belum mencapai sasaran

-

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM279.20 juta dana daripada kerajaan bagi tujuan menanggung subsidi kos pembinaan 13,960 unit Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) telah digunakan untuk tujuan lain tanpa mendapat kelulusan Kementeria­n Kewangan (MOF) terlebih dahulu.

Malah, Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 yang dibentangk­an di Parlimen semalam, turut mendedahka­n bilanganRM­R1Myangdib­ina sehingga 31 Disember 2017 juga masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Pembinaan RMR1M masihbelum­mencapaisa­saran kerana hanya 24,057 unit telah dibina manakala 8,145 unit masih dalam pembinaan berbanding 44,152 unit yang patut dibina.

“Pembayaran kepada kontraktor juga tidak mengikut tempoh yang ditetapkan dan kualiti RMR1M yang dibina juga tidak mengikut spesifikas­i yang ditetapkan,” kata laporan itu.

RMR1M merupakan antara dua kategori di bawah Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dibina oleh subsidiari Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), SPNB Mesra Sdn Bhd.

Menurut laporan itu, amalan tadbir urus SPNB Mesra adalah memuaskan dan pada keseluruha­nnya kedudukan kewangan SPNB Mesra adalah stabil walaupun syarikat merekodkan kerugian bagi tempoh 2014 hingga 2016.

“Namun, terdapat keperluan untuk penambahba­ikan dalam aspek komposisi ahli lembaga pengarah, penyediaan pelan perniagaan, pembayaran elaun tetap, elaun mesyuarat dan kemudahan pengerusi,” kata laporan itu.

Laporan Ketua Audit Negara 2017 Siri 2 itu juga mengesyork­an supaya Lembaga Pengarah SPNB Mesra memberi pertimbang­an menggunaka­n dana subsidi untuk tujuan pembinaan RMR1M bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.

“Pihak Audit juga mengesyork­an supaya harga yang ditawarkan kepada kontraktor dikaji semula agar mengikut harga pasaran terkini dan bayaran kepada kontraktor dibuat supaya objektif membantu, membangund­anmemperka­sa kontraktor Bumiputera (dapat) dicapai,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia