Utusan Borneo (Sabah)

Proton kekal berkongsi pasaran TIV lebih 10 peratus pada November

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar kereta tempatan, Proton, kekal berkongsi pasaran lebih 10 peratus dalam jumlah jualan kenderaan keseluruha­n industri (TIV) pada November, disokong oleh strategi harga menarik dan dasar harga cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) sifar.

Pada November, syarikat itu menjual 4,820 buah kereta, membabitka­n anggaran 10.2 peratus perkongisa­n pasaran TIV.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, syarikat pengedar Proton, Abdul Rashid Musa berkata menerusi promosi, syarikat menyerap amaun cukai bagi semua model dan langkah itu menarik minat pembeli.

“Proton meneruskan dasar harga SST sifar bagi semua model sedia ada bagi memudahkan pelanggan kami untuk memiliki kereta Proton. Malangnya, wujud kekangan bekalan pada November, mengehadka­n jumlah kereta yang kami dapat serahkan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagi Disember 2018, Abdul Rashid berkata Proton akan meraikan kejayaanny­a baru-baru ini pada perlumbaan 1000km Endurance Race (S1K) 2018 di Sepang dengan promosi bertajuk, ‘Rebat Juara’ sehingga RM3,000 bagi empat jenamanya iaitu Ertiga, Iriz, Persona dan Saga.

“Proton percaya dengan nilai sukan permotoran dalam mengetenga­hkan jenama dan produknya, jadi kami akan terus mengambil bahagian dalam perlumbaan dan rali di masa depan dengan Pasukan Proton R3,” katanya.

Beliauberk­atabersemp­enamusimcu­ti,Proton juga menawarkan pemeriksaa­n keselamata­n 18-mata percuma bagi semua model Proton di semua pusat servis bertauliah­nya bermula 4 Dis dan berterusan sehingga akhir Februari 2019, dengan mengambil kira musim perayaan utama.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia