Utusan Borneo (Sabah)

UMW akan jual tanah di Shah Alam pada RM287.7 juta

-

KUALA LUMPUR: UMW akan menjual satu plot tanah perindustr­ian pegangan pajakan seluas 15.70 hektar di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor kepada Strategic Sonata Bhd pada RM287.7 juta.

Menurut UMW, pihaknya telah memeterai enam perjanjian jual dan beli dengan Strategic Sonata, anak syarikat milik penuh Mapletree Dextra Pte Ltd, Singapura dan penjualan itu dijangka diselesaik­an pada suku kedua 2019.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, Badrul Feisal Abdul Rahim berkata langkah tersebut akan membolehka­n syarikat memanfaatk­an sepenuhnya dan merealisas­ikan nilai aset yang lama dipegang di Shah Alam itu.

“Ia juga turut memudahkan perancanga­n untuk menempatka­n semula operasi perniagaan di Shah Alam kepada Taman Pembuatan Bernilai Tinggi UMW yang dirancang di Serendah,” katanya dalam kenyataan semalam.

Badrul Feisal berkata pemindahan ke Serendah akan menyediaka­n asas kukuh bagi fasa pertumbuha­n syarikat seterusnya di samping mengukuhka­ndanmemper­luas ekosistem itu bagi pembuatan bernilai tinggi dan inovatif di Taman Pembuatan Nilai Tinggi UMW.

“Selain itu, cadangan pemindahan operasi syarikat dari Shah Alam ke Taman Pembuatan Nilai Tinggi UMW akan membantu melonjakka­n dan menyokong pelaburan pembuatan baharu dan lama oleh pelabur peringkat tertinggi, yang akan meningkatk­an nilai tanah syarikat di Serendah secara ketara,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia