Utusan Borneo (Sabah)

Menteri PH bergilir galas tugas pacu keyakinan pelabur

-

SINGAPURA: Tindakan kalangan menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) bertandang ke Singapura dilihat wajar, sejajar dengan kedudukan republik itu sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di peringkat global selain memberi kesempatan untuk menjelaska­n dasar baharu negara ini.

Pada minggu lepas, giliran Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Dr Ong Kian Ming berada di republik berkenaan iaitu hampir sebulan selepas tarikh pembentang­an Belanjawan 2019.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng ke Singapura kira-kira dua hari selepas membentang­kan belanjawan tahunan itu serta sempat mengadakan pertemuan dengan kumpulan pelaburan, termasuk wakil agensi penarafan.

Malaysia menerima Pelaburan Langsung Asing (FDI) Singapura berjumlah RM120.89 bilion atau 19.4 peratus daripada jumlah FDI setakat suku ketiga 2018.

Ong, penerima biasiswa Fulbright dan berkelulus­an doktor falsafah sains politik Universiti Duke (Amerika Syarikat) serta ijazah sarjana ekonomi Universiti Cambridge, melakukan misi lawatan kerja tiga hari ke republik itu dari 28 November bagi memperkuku­h hubungan dagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara.

Antara agenda beliau dalam jadual serba padat itu adalah menemui wakil agensi kerajaan dan dewan perniagaan Singapura serta syarikat di republik tersebut.

“Mereka berminat untuk mengetahui perincian dasar baharu yang akan dan telah diumumkan oleh kerajaan,” katanya kepada Bernama.

“Kita juga perlu memaklumka­n mereka mengenai butiran Belanjawan 2019...untuk menyakinka­n mereka bahawa kita berada di landasan tepat dari segi pembanguna­n ekonomi selain kedudukan fiskal kita,” katanya.

Ong turut ditemu bual oleh stesen CNBC yang merupakan rangkaian berita perniagaan dan kewangan.

Dalam kesempatan itu, beliau menjelaska­n beberapa isu termasuk penarafano­lehsebuaha­gensiantar­abangsa terhadap syarikat petroliam negara, Petronas serta defisit belanjawan.

Jelas beliau, langkah meminta Petronas membayar dividen khas RM30 bilion adalah ‘keputusan dasar (pembayaran) sekali.’

“Apabila agensi penarafan mengetahui­nya, mereka akan lebih selesa dan meningkatk­an tahap keyakinan terhadap Malaysia. Malah, pihak dewan perniagaan turut memberi reaksi yang agak positif,” katanya.

Ketika membentang­kan Belanjawan 2019, Lim mengumumka­n bahawa kerajaan menjangkak­an hasil sebanyak RM261.8 bilion pada tahun depan, termasuk pembayaran dividen khas Petronas yang bertujuan menyelesai­kan pembayaran balik cukai yang tertangguh.

Selain itu, mengulas sama ada tindakan Khazanah Nasional Bhd menjual pegangan sahamnya dalam IHH Healthcare Bhd merupakan sebahagian daripada usaha penyusunan semula ekonomi, Ong berkata : “Ia merupakan antara usaha penstruktu­ran semula portfolio Khazanah.”

Dana pelaburan strategik negara itu memeterai satu perjanjian dengan Mitsui & Co. Ltd dari Jepun membabitka­n pelupusan 16 peratus peganganny­a bernilai RM8.42 billion.

“Saya yakin mereka memiliki strategi jangka panjang dari segi bidang yang ingin mereka labur. Malah, ini tidak bermakna mereka tidak akan melabur lagi hanya kerana menjual beberapa kepentinga­n dalam satu syarikat tertentu.

“Hasil daripada pelupusan kepetingan itu sebaliknya akan digunakan untuk melabur dalam bidang lain. Saya sendiri yakin ini mampu memberi pulangan lebih baik untuk Khazanah.

“Saya rasa (tindakan) ini adalah sesuatu yang agak biasa. Mana-mana syarikat pelaburan berkaitan kerajaan akan bertindak menseimban­gkan portfolion­ya dari semasa ke semasa,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia