Utusan Borneo (Sabah)

Mini Fun Fiesta Vol.3: Riadah dan berinforma­si

-

TAWAU: Setelah menganjurk­an Mini Fun Fiesta Vol.2, kini Vol.3 dengan kerjasama Borneo Betta Head Hunters telah menjadikan pengisian riadah dan berinforma­si sebagai tarikan baharu bagi pengunjung.

Melalui Vol.3 pada kali ini, Damai Canopy Events and Management memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri pengisian yang berilmiah dengan pameran pendidikan oleh Open University Malaysia (OUM) Kampus Tawau, acara selingan seperti Pertanding­an Kuiz Kanak-Kanak, Pertanding­an Bercerita ‘Ibu Bapaku Wira Ku’ dan Pertanding­an Pantun Kecil.

Ia kerana, kesedaran dalam penganjura­n program, pihak penganjur peka terhadap kepentinga­n untuk menyuntik semangat cintakan pendidikan dan pendedahan yang berterusan kepada ibu bapa dan pelajar sekolah.

Selain itu, jualan pelbagai produk makanan, pakaian, aksesori lelaki dan wanita menambah kerancakan pada program kali ini. Sambutan yang meriah dapat dirasakan apabila pengunjung tapak aktiviti mula hadir seawal jam 8 pagi bagi menikmati penjualan pelbagai produk yang disediakan pada harga yang berpatutan.

Sebagai ‘trademark’ program, turut diadakan aktiviti pameran daripada kelab-kelab hobi kreatif sekitar daerah Tawau iaitu Borneo Betta Head Hunters yang mempamerka­n breeder tempatan jenis ‘Crowntail’, yang telah mendapat tempat ketiga (Kategori C2 - Dark Iridescent) pada Internatio­nal Betta Convention (IBC) Nusatic 2018 yang berlangsun­g di Jakarta, Indonesia.

Pameran lain yang berjaya menyumbang kepada peningkata­n kadar pengunjung adalah dari Tawau Lago-Lago Collectors yang memaparkan pameran figura aksi dari watak-watak Marvel dan DC Comics seperti Batman dan Superman.

Turut dimuatkan adalah aktiviti pameran daripada Adam’s Hotwheels Garage dan Mira’s Cat House yang memberi pengkhusus­an kepada program pemulihara­an kucing jalanan dan informasi tentang penjagaan kucing.

Kemuncak program adalah pertanding­an ‘Battle of the Bands’ dengan persembaha­n kumpulan kugiran yang menyaksika­n penyertaan terbanyak pada edisi kali ini.

Penganjura­n program riadah berinforma­si sedemikian diharap sedikit sebanyak akan menjadi gelombang perubahan pengisian agar lebih bersifat interaktif dan progresif pada masa mendatang.

Pengisian yang baik akan sentiasa memberi manfaat kepada para pengunjung di samping menjadi kekuatan dalam penganjura­n sesebuah organisasi.

 ??  ?? MUHAMMAD Amru juara Pertanding­an Badang Bernas MAHA 2018.
MUHAMMAD Amru juara Pertanding­an Badang Bernas MAHA 2018.
 ??  ?? PENGANJUR bersama Damai Canopy Events and Management dan Borneo Betta Head Hunters bergambar kenangan sebagai simbolik kerjasama pada Mini Fun Fiesta Vol.3
PENGANJUR bersama Damai Canopy Events and Management dan Borneo Betta Head Hunters bergambar kenangan sebagai simbolik kerjasama pada Mini Fun Fiesta Vol.3
 ??  ?? PESERTA Pertanding­an Mewarna Kanak-Kanak bergambar bersama pihak penganjur dan ibu bapa pada akhir aktiviti.
PESERTA Pertanding­an Mewarna Kanak-Kanak bergambar bersama pihak penganjur dan ibu bapa pada akhir aktiviti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia