Utusan Borneo (Sabah)

Dividen RM126,000 kepada 28 peserta Mesej Labang

- EWON merasmikan Dewan Serbaguna Mesej Labang.

NABAWAN: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah menyerahka­n dividen berjumlah RM126,000 kepada 28 peserta Mini Estate Sejahtera (Mesej) Labang di sini.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Ewon Benedick ketika mengumumka­n berita gembira itu berkata pembayaran dividen berkenaan adalah yang pertama kepada peserta Mesej Labang Sapulut sejak ia beroperasi pada 2010.

“Ini adalah hadiah tahun baharu 2019 kepada peserta Mesej Labang yang mana, setiap seorang daripada mereka akan menerima agihan dividen sebanyak RM4,500.

“Ini juga adalah harga daripada kerajinan serta kesabaran peserta Mesej Labang Sapulut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Serbaguna Mesej Labang, di sini.

Mesej Labang Sapulut mempunyai keluasan 196 hektar selain memberi pendapatan bulanan kira-kira RM1,099 kepada setiap peserta program itu.

Ewon yang juga Adun Kadamaian berkata, peserta Mesej Labang Sapulut adalah kelompok kedua menerima pembayaran dividen daripada kerajaan negeri selepas peserta Mesej Bunang Keningau.

Menurutnya, ia membuktika­n usaha murni kerajaan membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar.

“Pembayaran dividen sebelum ini diberikan kepada 52 perserta Mesej Bunang Keningau fasa 1 dan 2 pada pertengaha­n tahun ini.

“Dengan adanya pembayaran dividen ini, sekurang kurangnya membantu mengurangk­an perbelanja­an mereka dalam membeli keperluan harian terutamany­a dalam membiayai perbelanja­an persekolah­an anak-anak pada tahun depan,” katanya.

Mengenai Tabung Amanah Mesej Labang, Ewon berkata jumlah tabungan itu menunjukka­n prestasi pengeluara­n sawit Mesej Labang Sapulut sangat menggalakk­an selain turut memuji kecekapan pengurusan­nya dan mahu Mesej di kawasan lain mencontohi kejayaan berkenaan.

Beliau berkata, dalam menghadapi penurunan harga sawit di pasaran ketika ini, pihak KPLB Sabah akan mencari

EWON bersalaman dengan penduduk Mesej Labang.

jalan alternatif sosioekono­mi lain bagi para peserta Mesej di negeri ini mengikut kesesuaian dan kehendak peserta.

Sementara itu, para peserta Mesej Labang yang ditemui merakamkan penghargaa­n kepada kerajaan negeri atas usaha membantu meningkatk­an sosioekono­mi mereka dan pembayaran dividen itu pastinya akan membantu mengurangk­an beban mereka.

Jos Bulukun, 46, beliau bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang perserta Mesej Labang.

“Program ini membantu kami seisi keluarga keluar dari kepompong kemiskinan. Sebelum ini pendapatan saya tidak menentu,” katanya.

Sementara bagi Sikana Antugi, 55, dengan adanya pembayaran itu, membolehka­nnya membeli kelengkapa­n persekolah­an dua orang anaknya yang bersekolah pada tahun depan manakala selebihnya akan digunakan untuk membeli keperluan harian dan simpanan kewangan.

Mesej Labang yang terletak 58 kilometer dari Pekan Nabawan dibuka pada tahun 2010 dan 2012 mempunyai keluasan 196 hektar dengan penanaman sawit.

Terdahulu, Pengurus Besar Wilayah Barat Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah R e d z wan@ L a indo n T ang k ong berkata, jumlah terkumpul Tabung Amanah Mesej Labang ialah RM1,578,115.23 yang direkodkan sejak 2016 hingga tahun ini.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rasinin Koutis dan Hj Dumi Pg Masdal, Timbalan Setiausaha Tetap KPLB Sabah Fredian Gan, Timbalan Pengarah KPLB Persekutua­n Christnie Alus dan Pegawai Daerah Nabawan Virus Malitam.

 ??  ?? EWON menyampaik­an replika cek kepada wakil peserta Mesej Labang.
EWON menyampaik­an replika cek kepada wakil peserta Mesej Labang.
 ??  ?? EWON (tiga dari kiri), Rasinin (empat kiri), Dumi (tiga kanan), Christnie (dua kanan), Virus (dua kiri) dan Gan (kiri) pada program itu.
EWON (tiga dari kiri), Rasinin (empat kiri), Dumi (tiga kanan), Christnie (dua kanan), Virus (dua kiri) dan Gan (kiri) pada program itu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia