Utusan Borneo (Sabah)

Angelina Jolie, Brad Pitt akhirnya sepakat mengenai penjagaan anak

-

PASANGAN hebat Hollywood suatu ketika dahulu yang kini dalam proses perceraian iaitu Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mencapai satu perjanjian akhir mengenai hak jagaan enam anak mereka, kata peguam Jolie pada Jumaat lalu selepas lebih dua tahun perundinga­n-perundinga­n yang selalunya pahit.

“Susunan penjagaan telah dipersetuj­ui beberapa minggu lepas, dan telah ditandatan­gani oleh keduadua pihak dan juga hakim,” kata peguam Jolie, Samantha Bley DeJean dalam satu kenyataan kepada Reuters.

“Perjanjian itu, yang berdasarka­n kepada cadangan penilai penjagaan anak, menghapusk­an keperluan untuk satu perbicaraa­n. Pemfailan dan butiran perjanjian ialah rahsia untuk melindungi kepentinga­n terbaik anak.”

Jolie dan Pitt, berpisah pada September 2016 selepas lebih 10 tahun bersama dan perkahwina­n dua tahun.

Jolie, yang memfailkan perceraian menyebut perbezaan yang tidak dapat dipulihkan lagi dan menuntut jagaan utama enam anak mereka, tiga daripadany­a adalah anak kandung pasangan itu sendiri manakala tiga lagi adalah anak angkat mereka.

Kenyataan pada Jumaat itu tidak mengatakan bagaimana jagaan akan dibahagika­n, dan jurucakap Jolie menolak untuk memberikan butir-butir.

Satu tarikh bicara mengenai kes penjagaan telah ditetapkan buat sementara waktu pada 4 Disember di hadapan seorang hakim persendiri­an di Los Angeles.

Satu sumber hampir dengan Jolie mengatakan yang aktres itu “sangat gembira akan memasuki peringkat berikutnya dan berasa lega dengan perkembang­an untuk kebahagiaa­n keluarga mereka.”

Pemfailan perceraian pada tahun 2016 mencetuska­n pertikaian jagaan yang pahit dengan Pitt telah disiasat dan dibersihka­n daripada penderaan kanak-kanak, dan kedua-dua pihak menuduh satu sama lain mencuba untuk memanipula­si liputan media.

Pasangan itu masih belum mencapai satu penyelesai­an penceraian akhir.

Pelakon ‘Moneyball’ Pitt, 54, dan bintang ‘Maleficent’ Jolie, 43, mula berpacaran pada lewat 2005 dan berkahwin pada 2014. Mereka ialah ibu bapa kepada Maddox, 17, Pax, 15, Zahara, 13, Shiloh, 12, dan kembar berumur 10 tahun Knox dan Vivienne.

 ??  ?? BRAD PITT
BRAD PITT
 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR fail bertarikh 10 September 2017 ini menunjukka­n Jolie bersama empat orang anaknya iaitu (dari kiri) Vivienne, Shiloh, Knox Leon dan Zahara semasa Toronto Internatio­nal Film Festival (TIFF) di Toronto.
— Gambar Reuters GAMBAR fail bertarikh 10 September 2017 ini menunjukka­n Jolie bersama empat orang anaknya iaitu (dari kiri) Vivienne, Shiloh, Knox Leon dan Zahara semasa Toronto Internatio­nal Film Festival (TIFF) di Toronto.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia