Utusan Borneo (Sabah)

Kesilapan Pickford ‘bantu’ The Reds kekalkan tekanan ke atas City

Arsenal tewaskan Spurs 4-2, Chelsea melonjak ke tangga ketiga Liga Perdana selepas benam Fulham 2-0 di Stamford Bridge

-

Bola berputar kuat dan ketika saya cuba menepisnya, tangan saya terkena palang. Jordan Pickford Penjaga gol Everton

LONDON, England: Liverpool terus mengekalka­n tekanan ke atas Manchester City selepas satu gol kemenangan lewat yang pelik ketika menentang Everton sementara Arsenal membuktika­n kemampuan mereka memberikan cabaran musim ini dalam aksi Liga Perdana Inggeris Ahad lepas.

Liverpool kelihatan bakal tercicir dua mata dan semakin ketinggala­n di belakang pendahulu liga, Manchester City sebelum kesilapan penjaga gol Everton, Jordan Pickford, menghadiah­kan kemenangan 1-0 pada perlawanan di Anfield.

Arsenal pula kini 19 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertanding­an selepas menewaskan kelab jiran, Tottenham Hotspur 4-2 di Stadium Emirates, sekali gus melonjak ke tangga keempat liga dan di hadapan Spurs dengan kelebihan gol.

Chelsea bangkit dari kekalahan pertama dalam liga kepada Spurs minggu lepas apabila menewaskan Fulham 2-0 dan melonjak ke tangga ketiga liga.

Liverpool memulakan perlawanan berjiran dengan keazaman untuk menebus kekecewaan tewas kepada Paris Saint Germain (PSG ) dalam aksi Liga Juara-Juara pada pertengaha­n minggu.

Ada peluang untuk keduadua pasukan pada perlawanan menarik itu tetapi ketika kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata, Pickford, yang juga penjaga gol antarabang­sa England, melakukan satu kesilapan teruk.

Beliau gagal menjangka tendangan lambung tidak sengaja Virgil van Dijk dan kelihatan menepis bola yang sebenarnya sudah kelihatan keluar tetapi bola kembali melantun ke dalam padang dan disempurna­kan oleh Divock Origi dan membangkit­kan kegembiraa­n luar biasa pemain, penyokong dan juga pengurus kelab, Jurgen Klopp, yang berlari ke dalam padang untuk turut meraikan gol itu.

Pickford meminta maaf di atas kesilapann­ya tetapi memberikan gambaran sebenar di pihaknya.

“Bola berputar kuat dan ketika saya cuba menepisnya, tangan saya terkena palang,” kata beliau. “Saya fikir nasib Everton sentiasa tidak bagus apabila kami datang ke Anfield.”

Klopp meminta maaf menerusi siaran TV kerana cara beliau meraikan gol itu dan juga menjelaska­n bahawa beliau ada meminta maaf kepada pengurus Everton, Marco Silva selepas kemenangan yang membolehka­nnya kembali merapatkan kedudukan dengan kurang dua mata di belakang City.

“Apa yang dapat saya katakan mengenainy­a? Saya tidak mahu berlari,” kata Klopp. “Ia tidak pernah terlintas di fikiran saya. Saya tidak mahu berlari ke arah Ali (penjaga gol, Alisson), saya sememangny­a tidak dapat berhenti, ia tidak sewajarnya berlaku tetapi ia berlaku.”

Silva bagaimanap­un menafikan dakwaan Klopp. “Beliau tidak ada meminta maaf kepada saya,” katanya. “Secara jujur, saya tidak melihat, jadi saya tidak tahu apa yang beliau dan bagaimana beliau melakukann­ya.”

Pada perlawanan awal, penalti Pierre-Emerick Aubameyang meletakkan Arsenal di hadapan pada awal permainan sebelum tandukan Eric Dier dan tendangan penalti Harry Kane meletakkan Spurs 2-1 di hadapan pada masa rehat.

Namun rembatan jarak jauh Aubameyang memulakan kebangkita­n Arsenal dengan Alexandre Lacazette dimasukkan dari bangku simpanan dan meletakkan Arsenal kembali di hadapan sebelum Lucas Torreira melengkapk­an jaringan untuk gol pertama beliau bersama Arsenal.

Memburukka­n lagi hari yang malang buat Spurs, Jan Vertonghem dibuang padang pada minit akhir selepas menerima kad kuning kedua perlawanan, dengan kad kuning pertama diberikan apabila menampan bola dengan tangan yang menghasilk­an gol pembukaan Arsenal.

“Ia perlawanan yang sangat penting untuk keyakinan kami. Sekarang kami harus meneruskan perkembang­an kami,” kata Emery. “Ia kemenangan yang sangat penting. Kami memberikan kemenangan ini kepada penyokong kerana ia adalah perlawanan yang sangat istimewa menentang Tottenham.”

Emery sudah memasukkan kehidupan baharu ke dalam skuad Arsenal yang kelihatan tiada perubahan pada

akhirakhir tahun di bawah kendalian Arsene Wenger tetapi kekalahan kepada Manchester City dan Chelsea serta seri dengan Liverpool membangkit­kan persoalan tentang kemampuan pasukan bersaing dengan pasukan yang lebih besar.

Pada perlawanan pertama Ahad lepas, Chelsea membuka jaringan seawal minit keempat menerusi jaringan Pedro dan gol lewat Ruben Loftus-Cheek untuk menewaskan kelab jiran, Fulham. Pengurus Chelsea, Mauricio Sarri berkata beliau dapat melihat ketegangan dalam pemainnya di Stamford Bridge, walaupun kekalahan di Spurs minggu lepas adalah kekalahan liga yang pertama mereka musim ini. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PEDRO(kanan)mempamerka­n aksi memberangs­angkan dengan menjaringk­an gol pada awal permainan ketika membantu Chelsea menewaskan Fulham pada aksi liga di Stamford Bridge, London Ahad lepas.
— Gambar Reuters PEDRO(kanan)mempamerka­n aksi memberangs­angkan dengan menjaringk­an gol pada awal permainan ketika membantu Chelsea menewaskan Fulham pada aksi liga di Stamford Bridge, London Ahad lepas.
 ??  ?? PICKFORD
PICKFORD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia