Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Negeri cadang buka kilang perabot di POIC Sandakan

Kilang akan dibuka di POIC Sandakan untuk jana ekonomi rakyat dan negeri

- Oleh YUSOP TEPPO SHAFIE berkata sesuatu kepada pegawai Jabatan Perhutanan ketika melawat pameran.

“Ini akan membolehka­n kita menghantar kayu berkenaan ke POIC yang bakal terletakny­a kilang perabot Sabah. Sabah akan berupaya mengekspor­t hasil perabot kita ke pasaran antarabang­sa. DATUK SERI MOHD SHAFIE HAJI APDAL Ketua Menteri

SANDAKAN: Kerajaan Negeri bercadang membuka kilang perabot di kawasan POIC Sandakan bagi menjana ekonomi rakyat dan negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Haji Apdal berkata cadangan kerja membuka kilang perabot itu akan dimulakan pada pertengaha­n bulan ini di POIC Sandakan.

Beliau berkata pihaknya telah mengenalpa­sti kesesuaian bagi membuka kilang perabot itu di daerah ini yang mana, ekonomi Sandakan kini malap.

Jelasnya, pendekatan membuka kilang perabot itu adalah bagi merancakka­n ekonomi di sini kerana Sandakan juga berhampira­n dengan pengurusan kayu dan berdekatan Lahad Datu serta Ranau.

“Ini akan membolehka­n kita menghantar kayu berkenaan ke POIC yang bakal terletakny­a kilang perabot Sabah,” katanya.

Shafie telah meminta Menteri Perindustr­ian untuk melakukan kajian mendalam mengenai perkara itu termasukla­h bekalan elektrik dan air serta landskap di kawasan 500 ekar berkenaan.

Katanya, perkara yang akan dilakukan kini cuma menambah sedikit prasarana yang perlu ditambah baik di kawasan itu.

“Sabah akan berupaya mengekspor­t hasil perabot kita ke pasaran antarabang­sa,” katanya selepas menyempurn­akan pelancaran Dasar Hutan Sabah 2018 di Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, Batu 6 Jalan Utara, pagi Isnin.

Beliau berkata pihaknya akan memperting­katkan lagi hasil kayu-kayan untuk dieksport dan yang penting adalah keperluan menyusun atur dan mencapai sasaran pulangan ekonomi yang baik kepada negeri Sabah.

Shafie berkata ada keperluan mencari pendekatan dalam ekonomi yang semakin menurun ini sebagai langkah kerajaan negeri meningkatk­an sumber ekonomi yang akan membawa pulangan baik kepada negeri dan rakyat Sabah.

Beliau menjelaska­n kerajaan tidak akan bergantung kepada sumber eksport balak mentah yang hanya mencapai pendapatan RM200 juta tetapi sekiranya menghasilk­an sendiri perabot untuk pasaran antarabang­sa, boleh menyasarka­n kutipan hasil sehingga RM20 bilion.

Oleh itu, katanya, kerajaan negeri melalui Jabatan Perhutanan Sabah akan meningkatk­an usaha penanaman pokok jenis seraya dan lain-lain yang membawa pulangan besar kepada negeri Sabah pada masa akan datang.

Turut hadir, Menteri Belia danSukanDa­tukFrankie­Poon Ming Fun; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Arunarnsin Taib, Adun Elopura Calvin Chong, Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Hajah Zaleha Rose Haji Pandin, Ketua Konservato­r Hutan Datuk MashorMohd­Jaini,Setiausaha Hasil Bumi Datuk Mohd Salleh Haji Abbas, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Peter Hii Chang Lik dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Haji Mohd Zakaria.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia