Utusan Borneo (Sabah)

Media cetak masih penting, beri gambaran cukup pada pembaca

Kebebasan media harus diguna untuk hasilkan laporan lebih analitikal

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Media cetak masih dilihat sangat penting kerana ia memberi gambaran secukupnya kepada pembaca.

Penasihat Khas Media dan Komunikasi Perdana Menteri Datuk A. Kadir Jasin berpendapa­t membaca surat khabar yang diterbitka­n masih sangat penting termasuk membaca buku.

“Kita boleh baca e-buku, kita boleh baca berita online, kita boleh baca berita dari portal, tapi saya rasa membaca bahan cetak sama ada akhbar atau buku masih penting.

“Ia kerana, akhbar dan buku memberi syor arkib iaitu kita boleh menyimpan... kita boleh mengulang baca,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog ‘Isu dan Cabaran Komunikasi Strategik Dalam Era Malaysa Baharu’, di Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah (UMS), di sini pada Isnin.

Kadir berkata, kadang-kadang bila membaca berita online atau melalui media sosial, kumpulan Whatsapp, pembaca tidak akan mendapat gambaran secukupnya mengenai apa yang berlaku di sekitar mereka.

Selain itu jelasnya, pengarang masih diperlukan untuk memilih berita yang dirasakan perlu untuk pembaca.

Katanya, yang menjadi masalah ramai orang yang menolak akhbar kerana laporan politik yang tidak secucuk dengan pendapat mereka.

“Sedangkan akhbar ada kandungan lain dan kandungan berita politik itu sebenarnya tak banyak,” katanya.

Justeru tambahnya, pembaca tidak

“Kita boleh baca e-buku, kita boleh baca berita online, kita boleh baca berita dari portal, tapi saya rasa membaca bahan cetak sama ada akhbar atau buku masih penting.Ia kerana, akhbar dan buku memberi syor arkib iaitu kita boleh menyimpan... kita boleh mengulang baca, ” DATUK A. KADIR JASIN

Penasihat Khas Media dan Komunikasi Perdana Menteri

harus menolak akhbar kerana tidak sukakan politik, tidak sukakan sesuatu kandungan, sebab pengarang memilih mungkin 100 atau 200 berita terpenting yang kalau dibaca, kita akan menjadi orang yang bermakluma­t.

“Jadi, saya rasa kita perlu bukan sahaja mempertaha­nkan media cetak tetapi kita harus cuba mempromosi­kannya,” katanya.

Kadir berkata, walaupun keadaan perniagaan susah, tetapi kalau kita menyerah kalah maka suatu hari nanti mungkin kita akan ada orang yang tidak membaca.

“Atau, orang yang membaca tetapi tidak ada orang yang membimbing­nya apa yang perlu dia baca. Misalnya, kalau dia minat sukan, dia baca sukan sahaja lah.

“Jadi, pengarang akan memilih semua bentuk berita dalam pelbagai bidang yang memenuhi citarasa pembaca,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Kadir berkata media sekarang ini seolah-olah tidak menggunaka­n kebebasan ataupun hak mereka sebagai media.

Justeru, beliau menyaranka­n agar wartawan harus berpengert­ahuan, harus bermakluma­t dan berani menegur kalau ada yang tidak betul.

“Misalnya, dalam sidang akhbar, kalau saya katakan sesuatu yang betul namun anda tak setuju, anda sepatutnya menyatakan demikian.

“Kita tidak boleh hanya mendengar apa yang orang lain kata terutama apa orang politik kata, kemudian kita tidak membuat penyelidik­an, kita tak tahu pun kenyataan itu betul.

“Jadi tugas wartawan, khususnya sekarang ini di mana kerajaan baharu memberikan kebebasan yang lebih luas, kita harus mendalami laporan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyaranka­n buat laporan dan penyelidik­an terhadap tajuk-tajuk berkenaan. Tidak boleh hanya menjadi pelapor tetapi juga harus menjadi penganalis­is.

Dialog Isu dan Cabaran Komunikasi Strategik Dalam Era Malaysa Baharu dianjurkan dengan kerjasama Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan, Pusat Pengurusan Stratgik dan Komunikasi Korporat (PPSKK) UMS, Bahagian Sumber Manusia Jabatan Pendaftar UMS dan Persatuan Wartawan Sabah (SJA).

Dialog yang julung kali diadakan itu menjadi platform perkongsia­n ilmu dan pengembang­an idea dalam kalangan pengamal komunikasi berkaitan isu serta cabaran dalam media massa di era Malaysia baharu.

Selain itu, program juga bertujuan menarik penglibata­n semua pengalaman media serta ahli akademik untuk berkongsi pengalaman dan idea untuk kebaikan bersama.

Program itu terbahagi kepada dua sesi wacana masing-masing bertajuk `Laman Sosial sebagai Digital Agora dalam Era Malaysia Baharu’ dan ‘Kebebasan Media Dalam Malaysia Baharu’.

Turut hadir, Dekan Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan Prof Dr Ismail Ibrahim, Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Sinar Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali dan Presiden SJA Mugutan Vanar.

 ??  ?? KADIR (tengah) menerima cendera kenangan disampaika­n Ismail (kiri), diperhatik­an oleh Muguntan (kanan).
KADIR (tengah) menerima cendera kenangan disampaika­n Ismail (kiri), diperhatik­an oleh Muguntan (kanan).
 ??  ?? KADIR (tengah, barisan depan), Ismail, Jalil dan Muguntan merakam gambar kenangan bersama para pensyarah, ketua jabatan dan pelajar UMS.
KADIR (tengah, barisan depan), Ismail, Jalil dan Muguntan merakam gambar kenangan bersama para pensyarah, ketua jabatan dan pelajar UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia