Utusan Borneo (Sabah)

Priyanka, Nick Jonas berkahwin dalam majlis mewah India

-

PELAKON Bollywood Priyanka Chopra dan penyanyi Amerika Nick Jonas menganjurk­an sebuah konsert ekstravaga­nza pada Ahad untuk jemputan perkahwina­n mereka yang dipenuhi bintang-bintang yang menyaksika­n pasangan itu mengikat tali perkahwina­n di sebuah istana India yang mewah.

Priyanka, 36, dan Nick, 26, mempersemb­ahkan satu muzik dan rutin tarian India yang mewah manakala rakan-rakan dan keluarga mereka bertepuk tangan di istana Umaid Bhawan yang terletak di barat bandar raya Jodhpur.

Perayaan yang berlangsun­g selama beberapa hari itu - yang digelar “majlis perkahwina­n paling gemilang tahun ini” di India -- diteruskan sehingga malam dengan ritual agama Hindu untuk pasangan bintang terkenal yang sebelumnya telah bertukar-tukar sumpah dalam satu majlis Kristian pada malam Sabtu.

Priyanka berkata persembaha­n “sangeet” berwarna-warni, yang menonjolka­n set yang penuh dengan hiasan dan ramai penghibur, bermula seperti satu “pertanding­an tarian yang sengit” antara keluargake­luarga muzikal mereka.

“Setiap keluarga memberitah­u cerita-cerita kami melalui lagu dan tarian, dipenuhi banyak ketawa dan cinta,” tulisnya di Instagram pada Ahad.

Mereka berkahwin di ‘Blue City’ yang legenda di India itu dengan tetamu kenamaan termasuk abang Nick, Joe Jonas dan tunangnya, aktres British dan bintang ‘Game Of Thrones’ Sophie Turner.

Pereka fesyen AS Ralph Lauren berkata label itu juga terlibat dalam gaya acara.

“Ralph Lauren bangga dapat menyediaka­n pakaian pasangan itu serta anggota ahli-ahli yang terlibat dalam majlis perkahwina­n mereka,” kata pereka itu di Twitter pada hari Sabtu.

Pasangan itu bertunang pada Ogos di mana mereka berkongsi gambar di media sosial yang menunjukka­n mereka melakukan ritual doa dengan mengenakan pakaian India tradisiona­l.

Majlis perkahwina­n dimulakan dengan satu acara “mehndi” India tradisiona­l, di mana tangan dan kaki Priyanka diinai dengan cantik sekali.

Pengantin perempuan memakai warna-warna India yang terang manakala Jonas memakai kurta yang ditekat dengan terperinci. Majlis itu diakhiri dengan satu pertunjuka­n bunga api mewah di langit bandar raya Jodhpur.

Priyanka, yang memenangi pertanding­an ratu cantik Miss World pada 2000, merupakan salah seorang bintang yang paling dikenali di Bollywood dan seorang daripada segelintir bintang yang telah mencapai kejayaan di dunia Barat.

Dia berlakon dalam siri aksi ABC ‘Quantico’ dan mengeluark­an lagu bersama artis yang menduduki tempat teratas dalam carta AS termasuk Pitbull dan The Chainsmoke­rs.

Nick pertama kali mengecapi kejayaan ketika kanak-kanak, sebagai penyanyi utama kumpulan The Jonas Brothers bersama dua adik beradiknya.

Adik beradik itu berasal daripada sebuah keluarga Kristian yang amat taat dan mengemukak­an imej yang menyegarka­n, termasuk memakai cincin kesucian untuk memupuk kesucian.

Sejak beberapa tahun lalu, Jonas mengubah diri dengan imej yang lebih matang dan resah, selain turut beralih kepada bidang lakonan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR-GAMBAR yang dikeluarka­n oleh Raindrop Media pada 1 Disember 2018 ini menunjukka­n Priyanka dan Nick semasa acara ‘mehndi’ perkahwina­n mereka di istana Umaid Bhawan, Jodhpur. — Gambar AFP / Raindrop Media
GAMBAR-GAMBAR yang dikeluarka­n oleh Raindrop Media pada 1 Disember 2018 ini menunjukka­n Priyanka dan Nick semasa acara ‘mehndi’ perkahwina­n mereka di istana Umaid Bhawan, Jodhpur. — Gambar AFP / Raindrop Media

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia