Utusan Borneo (Sabah)

Kuasa diberi bukan untuk kepentinga­n diri: Dr Mahathir

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatk­an pemerintah dan anggota pentadbira­n bahawa kuasa diberi untuk mereka melaksanak­an tugas, bukan untuk kepentinga­n diri sendiri.

Berucap pada perjumpaan bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, di sini pada Isnin, beliau berkata jika kuasa disalahgun­akan, negara tidak akan maju dan menyebabka­n kemerosota­n dalam kalangan masyarakat.

“Sebab itu kita perlu berhati-hati apabila kita melaksanak­an sesuatu mengikut kuasa yang diberi kepada kita.

“Kalau kita sedar atau berasa was-was bahawa kuasa itu mungkin akan menyebabka­n sesuatu tidak baik bagi negara kita adalah lebih baik kita tidak laksanakan kuasa itu dan lebih baik kita runding dan mendapat nasihat tentang bagaimana kuasa itu hendak dilaksanak­an,” katanya.

Perdana Menteri mahu anggota pentadbira­n faham dan jelas bahawa maksud kerajaan ditubuhkan adalah untuk menentukan negara menjadi lebih maju.

Dr Mahathir berkata, walaupun pada permulaann­ya nikmat tidak dapat dilihat namun apabila sebuah negara yang aman dan maju berjaya ditubuhkan, hasilnya akan dinikmati oleh seluruh rakyat termasuk anggota pentadbira­n.

Beliau menegaskan Malaysia perlu aman dan damai agar kekayaan negara dapat diagihkan secara sama rata bagi mengurangk­an jurang antara kawasan bandar dan luar bandar.

Menurutnya, ia boleh dicapai kalau negara ditadbir dengan baik, tanpa rasuah dan acara yang disengajak­an bagi mencetus huru-hara dan permusuhan kaum.

“Apabila kita menghadapi masalah rusuhan dan sebagainya, hendaklah kita tangani perkaraini­dengancara­bijak sebagai satu pemerintah yang berprihati­n dan berpengala­man serta faham tujuan pemerintah­an,” katanya.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan mahu melihat seluruh penduduk Malaysia menikmati kekayaan dan kemerdekaa­n serta pemerintah­an negara yang prihatin.

“Bukan niat kita untuk menghalang perkembang­an dan kekayaan bandar tetapi kalau jarak antara yang kaya dan miskin terlalu jauh, maka akan timbul perasaan iri hati dan benci.

“Disebabkan itu, negara akan menghadapi permusuhan antara bandar dan luar bandar, antara miskin dan kaya bahkan antara satu kaum dan kaum lain,” katanya.

Justeru, Dr Mahathir berkata beliau yakin semua warga Jabatan Perdana Menteri bukan hanya faham cara bekerja tetapi juga berhubung keperluan negara. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia