Utusan Borneo (Sabah)

Misteri kehilangan pemandu Grab terjawab

Mangsa ditemukan meninggal dunia di parkir belakang kedai di Lintas Jaya Kepayan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Misteri kehilangan seorang lelaki pemandu Grab akhirnya terjawab selepas mangsa ditemukan meninggal dunia dalam kenderaann­ya kirakira jam 4.45 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, mangsa Ahmad Nasip @Nor Ahmad Nasib, 54, ditemukan tidak sedarkan diri di parkir belakang kedai di Lintas Jaya Kepayan di sini.

Katanya, mangsa berada di tempat duduk pemandu dan enjin kereta dalam keadaan mati.

Sebelum ini jelasnya, anak mangsa membuat laporan mengenai kehilangan bapanya pada Sabtu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.

“Mangsa yang bekerja sebagai pemandu Grab dikatakan keluar rumah di Taman Perumahan Pengalat Besar Papar kira-kira jam 5 pagi pada Sabtu.

“Bagaimanap­un, mangsa didapati tidak balik ke rumah hinggalah anaknya membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Habibi berkata, pada jam 5.24 petang, pegawai perubatan Wad Kecemasan Hopistal Queen Elizabeth (HQE) mengesahka­n mangsa meninggal dunia dan punca kematian tidak diketahui.

Beliau berkata, polis turut membuat siasatan luaran badan dan tidak ada unsur-unsur jenayah serta kecederaan didapati pada badan mangsa.

Pihaknya mengklasif­ikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut dan jenazah mangsa

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu Grab dikatakan keluar rumah di Taman Perumahan Pengalat Besar Papar kira-kira jam 5 pagi pada Sabtu. ASISTEN KOMISIONER HABIBI MAJINJI Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

dihantar ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat lanjut bagi mengenal pasti punca kematian.

 ??  ?? MANGSA ditemukan dalam kenderaann­ya di kawasan parkir belakang kedai Lintas Jaya Kepayan.
MANGSA ditemukan dalam kenderaann­ya di kawasan parkir belakang kedai Lintas Jaya Kepayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia